Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459991
Title: Keberkesanan kaedah pembelajaran kolaboratif mudah alih terhadap pencapaian dan minat belajar ekonomi menggunakan aplikasi whatsapp dalam kalangan pelajar tingkatan enam rendah
Authors: Manisah Ahmad (P 69072)
Supervisor: Nor Aishah Buang, Prof. Dr.
Keywords: Education
Elementary -- Computer-assisted instruction
Application software
Computer-assisted instruction
Educational technology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Mar-2017
Description: Penggunaan peralatan mudah alih dalam pendidikan kini semakin mendapat perhatian para pengkaji bidang pendidikan walaupun masih baru dari segi pelaksanaannya di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pembelajaran kolaboratif mudah alih terhadap minat belajar dan pencapaian pelajar tingkatan enam rendah dalam mata pelajaran Ekonomi di sebuah sekolah menengah di Daerah Johor Bahru. Kajian ini menggunakan peralatan mudah alih iaitu telefon bimbit sebagai alat rawatan. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen-kuasi dengan tinjauan yang melibatkan satu kumpulan kawalan dan satu kumpulan rawatan. Kumpulan rawatan dikehendaki terlibat dalam sesi pembelajaran kolaboratif mudah alih selama 8 minggu. Manakala kumpulan kawalan tidak mengikuti pembelajaran secara konvensional dan tidak diberi sebarang rawatan. Ujian pra dan ujian pos dijalankan ke atas 60 orang pelajar Ekonomi tingkatan enam rendah. Instrumen yang digunakan soal selidik minat belajar dan persepsi pelajar terhadap keberkesanan pembelajaran kolaboratif mudah alih. Analisis data kajian dilakukan secara deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai. Berikutnya disusuli dengan analisis inferensi menggunakan ujian-t sampel tak bersandar (Independent sample t-test) dan ujian-t sampel berpasangan (Paired sample t-test). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa minat belajar pelajar dan pencapaian pelajar terhadap pembelajaran kolaboratif mudah alih adalah di tahap tinggi. Keputusan analisis deskriptif menunjukkan bahawa persepsi pelajar Ekonomi tingkatan enam rendah terhadap keberkesanan pembelajaran kolaboratif mudah alih juga adalah di tahap tinggi. Kesimpulannya, analisis ujian-t berpasangan (Paired sample t-test) menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan minat belajar bagi kumpulan rawatan selepas rawatan dijalankan. Manakala, analisis ujian-t tak bersandar (Independent sample ttest) menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pembelajaran kolaboratif mudah alih antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Walau bagaimanapun, dapat disimpulkan bahawa pembelajaran kolaboratif mudah alih tidak memberi kesan positif secara keseluruhan terhadap peningkatan minat belajar dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi tingkatan enam rendah. Kajian ini mencadangkan agar dirangka modul pembelajaran berbentuk perisian mudah alih sebagai alat rawatan untuk meningkatkan pencapaian dan minat belajar pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 160
Call Number: LB1028.5.M343 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117195+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
945.19 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.