Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459989
Title: Aplikasi pengajaran berbantukan komputer (PBK) dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu murid bermasalah pendengaran
Authors: Cha Try Bun Dit (P79231)
Supervisor: Mohd Mokhtar Tahar, Dr.
Keywords: Language and languages -- Study and teaching -- Computer-assisted instruction
Language and languages -- Study and teaching -- Technological innovations
Language and languages -- Study and teaching -- Computer network resources
Auditory perception in children -- Testing
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Sep-2018
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan aplikasi PBK dalam usaha meningkatkan penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu bagi murid bermasalah pendengaran yang dijalankan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam. Bilangan responden adalah 20 orang murid iaitu dibahagikan kepada 10 orang dalam kumpulan kawalan dan 10 orang dalam kumpulan rawatan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pencapaian murid dan borang soal selidik dengan nilai pekali kebolehpercayaan 0.85. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS 22.0 for Windows) untuk mendapatkan nilai min, kekerapan, peratusan, sisihan piawai dan nilai signifikan dalam ujian-T. Dapatan kajian bagi ujian pra menunjukkan purata pencapaian murid adalah seimbang bagi kedua-dua kumpulan. Pencapaian murid kumpulan kawalan adalah sederhana (min=46.0) manakala purata pencapaian murid kumpulan rawatan adalah sederhana (min=45.5). Dapatan kajian bagi ujian pos pula menunjukkan purata pencapaian murid kumpulan kawalan adalah sederhana baik (min=63.0) manakala purata pencapaian murid kumpulan rawatan adalah sangat baik (min=81.5). Hasil analisis ujian-T menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan min skor pencapaian ujian pos murid bermasalah pendengaran melalui penggunaan PBK bagi aspek tatabahasa Bahasa Melayu dalam kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan (T=-4.241, P< .05). Kajian ini mencadangkan agar guru pendidikan khas terutama yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu perlu lebih memperbanyakkan masa menggunakan perisian multimedia dalam sesi PdP, pihak sekolah perlu meluaskan atau meningkatkan lagi bilangan bilik atau makmal komputer dan guru perlu membuat kelas tambahan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan perisian multimedia.,Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas)
Pages: 163
Call Number: P53.28.C483 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117018+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.