Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459987
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Aishah Buang, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Ahmad Saleh (P74923) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:36:13Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:36:13Z | - |
dc.date.issued | 2019 | |
dc.identifier.other | ukmvital:117015 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459987 | - |
dc.description | Pada era dunia globalisasi masa kini, usahawan IKS produk makanan Indonesia perlu lebih berdaya saing untuk kekal maju dan mapan setanding dengan usahawan-usahawan dari negara-negara lain. Keperluan daya saing dalam diri usahawan amat ditekankan oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti daya saing global usahawan IKS produk makanan khas Riau di Pekanbaru. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik ke atas 103 usahawan daripada IKS produk makanan khas Riau di Pekanbaru. Dapatan kajian menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif dan ujian ANOVA. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Sosial Science (SPSS) versi 20 bagi mendapatkan nilai skor min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap daya saing global usahawan IKS produk makanan khas Riau di Pekanbaru berada pada tahap sederhana (Min=3.29, SP=0.64). Hal ini bermakna bahawa daya saing global usahawan IKS produk makanan khas Riau di Pekanbaru dikategorikan tidak tinggi mahupun tidak rendah. Dapatan menunjukkan bahawa secara amnya antara empat konstruk daya saing usahawan, konstruk inovasi mencatatkan skor min tertinggi dengan nilai min 3.40 dan konstruk yang mempunyai skor min terendah ialah konstruk penggunaan ICT dengan nilai min 3.15. Sementara dua konstruk lainnya iaitu kemampuan meneroka peluang pasaran dan pembangunan diri mencatatkan nilai min 3.31 dan 3.32. Hal ini menunjukkan bahawa usahawan IKS produk makanan khas Riau di Pekanbaru belum mempunyai daya saing yang mantap sepertimana yang disarankan oleh pihak kerajaan Indonesia serta belum bersedia untuk berdepan dengan cabaran arus globalisasi secara kompetitif yang semakin meningkat. Ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan kemampuan meneroka peluang pasaran, penggunaan ICT, inovasi dan pembangunan diri usahawan berdasarkan tahap pendidikan usahawan, kemahiran pekerja dan kaedah pemasaran (p<0.05). Oleh itu, untuk memperbaiki tahap daya saing perlu memperbaiki aspek-aspek yang berpengaruh terhadap daya saing antaranya kemampuan meneroka peluang pasaran, penggunaan ICT, aktiviti inovasi dan pembangunan diri usahawan.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Food industry and trade -- Indonesia -- Pakanbaru | |
dc.subject | Small business -- Indonesia -- Pakanbaru | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Daya saing global usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) produk makanan khas Riau di Pekanbaru | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 166 | |
dc.identifier.callno | HD9016.I53A376 2019 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004434(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117015+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.36 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.