Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459983
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Aliza Alias, Dr. | |
dc.contributor.author | Umithayyibah Ramly (P71542 ) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:36:09Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:36:09Z | - |
dc.date.issued | 2019-03-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:117009 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459983 | - |
dc.description | Kajian ini dijalankan untuk meneroka proses rehabilitasi anak implan koklea di samping memberi fokus terhadap penglibatan ibu bapa dalam membantu perkembangan anak terutamanya dalam aspek pertuturan dan pendengaran selepas diimplan koklea. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes-satu subjek menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen. Subjek kajian adalah seorang ibu yang mempunyai anak yang telah diimplan koklea sejak tahun 2010. Hasil temu bual telah ditranskrip secara verbatim dan dianalisis secara induktif berdasarkan tema yang muncul daripada temu bual dan dokumen. Dapatan kajian menunjukkan ibu bapa perlu melakukan latihan pertuturan secara intensif di rumah sebagai peneguhan kepada program rehabilitasi yang diikuti anak di pusat rehabilitasi bagi mempercepatkan proses perkembangan anak selepas diimplan. Dapatan kajian juga mendapati anak yang mengikuti rehabilitasi menunjukkan perkembangan daripada aspek bahasa, pertuturan, sosial, tingkah laku, kognitif dan pencapaian akademik selepas rehabilitasi. Tema berkaitan penglibatan ibu bapa yang diperoleh berkisar tentang peranan, kesediaan dan harapan. Peranan utama ibu bapa anak implan koklea adalah untuk membuat keputusan, keterlibatan dalam aspek berkaitan terapi pertuturan dan alat bantu, memantau perkembangan, mengurus dan membantu dalam pelajaran. Dari aspek kesediaan ibu bapa didapati sanggup berkorban, berani mengambil risiko dan sedia untuk belajar manakala aspek harapan pula mewakili ekspektasi, motivasi dan kepercayaan ibu bapa. Secara keseluruhan hasil kajian menunjukkan ibu bapa perlu mempunyai sikap yang positif dan proaktif dalam mencari sumber bantuan dan sokongan supaya anak mampu bersaing seiring dengan rakan sebaya. Selain usaha keras ibu bapa, kolaborasi pelbagai pihak samada badan kerajaan atau bukan kerajaan amat perlu untuk menyediakan satu platform yang memangkin kemenjadian anak implan koklea dan menyumbang kepada ekuiti pendidikan murid bermasalah pendengaran. Di samping itu, amalan keibubapaan yang diperoleh dalam kajian ini juga boleh diguna pakai sebagai panduan kepada ibu bapa lain yang mempunyai anak implan koklea.,Sarjana Pendidikan Khas | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Cochlear implants | |
dc.subject | Deaf -- Rehabilitation | |
dc.subject | Hearing impaired -- Rehabilitation | |
dc.subject | Cochlear Implants | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Rehabilitasi anak implan koklea dan penglibatan ibu bapa | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 192 | |
dc.identifier.callno | RF305.U465 2019 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004430(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117009+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.44 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.