Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459973
Title: Pengujian tahap kreativiti saintifik dalam kalangan pelajar sekolah menengah bagi projek kereta solar
Authors: Mohd Afendi Zulkifeli (P73660)
Supervisor: Lilia Halim, Prof. Dr.
Keywords: Creative ability in science
Solar cars -- Design and construction
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Sep-2019
Description: Kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap kreativiti saintifik (KS) yang terdiri daripada elemen kelancaran, kelenturan, keaslian dan produk teknikal sains (PTS) dalam kalangan pelajar Tingkatan 2 dan 4 dalam projek kereta solar. Seterusnya kajian juga menilai pengaruh peringkat persekolahan ke atas tahap KS pelajar. Seramai 118 orang pelajar telah dipilih berdasarkan persampelan rawak bertujuan yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 2 (n=55) dan Tingkatan 4 (n=63) dalam mata pelajaran Sains dan Fizik. Instrumen yang terdiri daripada Ujian Tahap Kreativiti Saintifik (UTKS) dan Rubrik Penilaian Produk Teknikal Sains (RPPTS) pelajar digunakan bagi mendapatkan data yang terdiri daripada: Elemen kelancaran, kelenturan, keaslian dan produk teknikal sains dalam mengukur tahap kreativiti saintifik (KS) pelajar. Instrumen tersebut adalah hasil adaptasi daripada beberapa instrumen dan telah melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan mengikut konteks tempatan. Data dianalisis secara deskriptif melalui min dan sisihan piawai dan analisis secara inferensi melalui analisis ujian-t tidak bersandar dan analisis MANOVA satu hala. Secara keseluruhan tahap KS pelajar (Tingkatan 2 dan Tingkatan 4) adalah pada tahap sederhana. Keputusan ujian-t tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan secara keseluruhan yang signifikan berdasarkan kumpulan (Tingkatan 2 dan Tingkatan 4) terhadap tahap kreativiti saintifik (KS). Berdasarkan analisis MANOVA satu hala bagi setiap elemen KS, didapati elemen keaslian dan produk teknikal sains menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan kumpulan (Tingkatan 2 dan Tingkatan 4). Keputusan ini memperlihatkan bahawa tahap kreativiti saintifik (KS) adalah meningkat mengikut tahap kematangan umur pelajar secara keseluruhan. Namun begitu, elemen keaslian dan produk teknikal sains tidak memberi kesan ke atas tahap umur pelajar. Oleh itu, kajian ini memberikan implikasi bahawa tahap kreativiti saintifik (KS) secara keseluruhan perlu dikembangkan dan dibangunkan mengikut kesesuaian serta pengalaman tahap umur pelajar. Hasil kajian juga memperlihatkan bahawa tahap KS (elemen keaslian dan produk teknikal sains) boleh dibangunkan dan dikembangkan guru Sains di sekolah menengah tanpa dipengaruhi oleh tahap umur pelajar. Kajian lanjutan juga telah dicadangkan.,Sarjana Pendidikan
Pages: 180
Call Number: Q172.5.C74M634 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116891+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.