Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459961
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Rahayah Ariffin, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorSyakima Ilyana Ibrahim (P54021)-
dc.date.accessioned2023-09-13T09:35:42Z-
dc.date.available2023-09-13T09:35:42Z-
dc.date.issued2012-03-01-
dc.identifier.otherukmvital:115208-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459961-
dc.descriptionPenambahbaikan terhadap Sistem Penilaian Pendidikan Kebangsaan (SPPK) melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memberi jaminan bahawa murid akan dinilai secara menyeluruh bagi memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). PBS dapat memberikan fleksibiliti dalam menentukan kaedah pentaksiran bagi penilaian yang lebih autentik dan holistik. Namun begitu, secara realitinya adalah sukar bagi guru menentukan kaedah yang dapat memberikan ukuran yang tepat secara menyeluruh. Kajian yang dijalankan ini adalah inovasi dalam aplikasi pengukuran Rasch bagi mengukur standard prestasi setiap individu murid sekaligus mengenal pasti kumpulan berbeza keupayaan menggunakan pendekatan invarians. Tujuan kajian ini adalah mengenal pasti keupayaan pecahan murid tingkatan satu menggunakan dua ujian berbeza. Rekabentuk kajian tinjauan ini dijalankan ke atas 334 sampel murid tingkatan satu dari empat buah sekolah harian dalam daerah Hulu Langat. Sampel dipilih berdasarkan persampelan rawak kluster berdasarkan kelas yang ditentukan pentadbiran sekolah. Ujian Konsep Pecahan (UKP) telah digunakan bagi menguji pembolehubah keupayaan konsep pecahan murid manakala Ujian Topik Pecahan (UTP) merupakan ujian pencapaian yang akan menguji pembolehubah keupayaan murid dalam menguasai hasil pembelajaran topik pecahan tingkatan satu. Dapatan kajian menunjukkan kebolehpercayaan individu UKP (0.79) dan kebolehpercayaan individu UTP (0.86) adalah baik dan boleh diterima. Analisis min keupayaan individu UKP (0.33±1.39) dan min keupayaan individu UTP (1.17±1.35) dalam skala logit menunjukkan bahawa UKP lebih sukar berbanding UTP. Tahap pencapaian murid dalam kedua-dua ujian berdasarkan gred pencapaian sekolah rendah adalah pelbagai. Hubungan skor logit murid dalam UKP dengan UTP menunjukkan hubungan yang positif dengan kekuatan sederhana ke tinggi (julat 0.46-0.80) bagi setiap sekolah. Hubungan keupayaan sampel dalam UKP dan UTP adalah positif dengan R=0.67. Aplikasi invarians telah membezakan sampel kepada tiga kumpulan dengan tahap keupayaan berbeza dalam pecahan. Hasil kajian diharap dapat menarik minat guru, pendidik, ibu bapa serta pihak yang berminat dalam penilaian pendidikan kerana kaedah mengukur yang dikaji berkemampuan untuk menilai keupayaan individu murid secara tepat, mendalam dan lebih bermakna.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTest bias -- Malaysia -- Evaluation-
dc.subjectTest bias -- Malaysia-
dc.subjectEducational tests and measurements-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAplikasi model Rasch bagi mengukur keupayaan murid menggunakan dua ujian yang berbeza-
dc.typetheses-
dc.format.pages132-
dc.identifier.callnoLB3060.62.S973 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002553(2012)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115208+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
15.55 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.