Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459955
Title: Teks bahasa arab untuk pembelajaran kemahiran mendengar peringkat permulaan
Authors: Aisah Hasman (P47303)
Supervisor: Nik Mohd Rahimi Nik Yusuf, Prof. Madya Dr.
Keywords: Listening -- Study and teaching
Arabic language -- Study and teaching
Language and languages -- Study and teaching
Arabic language -- Grammar
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Nov-2011
Description: Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau teks bahasa Arab untuk digunakan dalam latihan kemahiran mendengar bahasa Arab peringkat permulaan. Tujuan terperinci kajian ini ialah: 1) Mengenal pasti purata bilangan perkataan teks dan jenis-jenis teks dalam buku teks bahasa Arab bagi panduan latihan kemahiran mendengar peringkat permulaan; 2) Mengenal pasti perspektif pelajar terhadap bilangan perkataan teks dan jenis-jenis teks yang sesuai untuklatihan kemahiran mendengar peringkat permulaan; dan 3) Meneroka pengalaman guru menggunakan teks bahasa Arab yang berbeza bilangan perkataan dan jenis teks dalam pengajaran kemahiran mendengar peringkat permulaan. Untuk mencapai tujuan kajian, tiga teknik pengumpulan data telah digunakan, iaitu analisis kandungan, soal selidik dan temu bual. Data analisis kandungan kajian ini diambil daripada tiga buah buku teks pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Manakala data soal selidik pula diedarkan kepada 87 responden pelajar dan data temu bual diambil dari tiga orang responden guru bahasa Arab. Dapatan analisis kandungan menunjukkan bahawa purata bilangan perkataan teks yang dikenal pasti bagi panduan latihan kemahiran mendengar peringkat permulaan ialah antara 70 hingga 120 patah perkataan. Manakala jenis-jenis teks yang dikenal pasti ialah jenis teks naratif, hiwar, penerangan, deskripsi dan prosedur. Dapatan perspektif pelajar mendapati bilangan perkataan teks antara 70 hingga 120 patah perkataan dan jenis teks hiwar dan prosedur adalah sesuai untuk latihan kemahiran mendengar peringkat permulaan. Berdasarkan pengalaman responden guru bahasa Arab, terdapat tujuh teknik pengajaran kemahiran mendengar bahasa Arab telah digunakan. Manakala bilangan perkataan teks antara 70 hingga 120 patah perkataan dan jenis teks naratif, teks hiwar dan teks prosedur didapati sesuai untuk latihan kemahiran mendengar pelajar peringkat permulaan. Implikasi kajian ini ialah penulis buku pembelajaran bahasa Arab perlu mengambil kira bilangan perkataan dan jenis teks dalam membina teks latihan kemahiran mendengar bahasa Arab.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 301
Call Number: LB1065.A388 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114745+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
22.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.