Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459953
Title: Perbandingan literasi alam sekitar dalam kalangan pelajar Eco-schools dengan pelajar sekolah harian
Authors: Then Moli Shunmugam (P82878)
Supervisor: Zanaton Hj Iksan, Dr.
Keywords: Environmental sciences -- Study and teaching
Environmental education
Environmental literacy
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Aug-2017
Description: Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap dan perbezaan literasi alam sekitar pelajar tingkatan empat yang mengikuti Eco-school (ES) dengan pelajar sekolah harian (SH) di Sekolah Menengah Kebangsaan terpilih. Objektif kajian ini bagi menilai tahap dan perbezaan literasi alam sekitar pelajar dari konstruk pengetahuan, sikap dan tingkah laku mesra alam sekitar. Dua aspek demografi yang dikaji adalah jenis sekolah dan jantina dalam jenis sekolah. Kajian tinjauan ini menggunakan (ujian dan soal selidik) sebagai instrumen kajian. Seramai 127 pelajar yang mengikuti ES dan 104 pelajar yang mengikuti SH telah dipilih untuk kajian ini. Responden terdiri daripada pelajar aliran Sains tingkatan empat. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisisan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23. Dapatan deskriptif menunjukkan literasi alam sekitar pelajar dari kedua-dua jenis sekolah berada pada tahap yang memuaskan. Di mana tahap pengetahuan cemerlang dan tahap sikap tinggi, namun tingkah laku mesra alam sekitar berada pada tahap sederhana. Dapatan inferensi menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan diantara pelajar ES dengan pelajar SH bagi konstruk pengetahuan, sikap dan tingkah laku mesra alam sekitar. Dari aspek jantina dalam kalangan pelajar ES, tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam kalangan pelajar perempuan dan lelaki bagi pengetahuan dan tingkah laku mesra alam sekitar. Namun terdapat perbezaan min yang signifikan bagi sikap. Min sikap pelajar perempuan lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki. Manakala aspek jantina dalam kalangan pelajar SH, tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi sikap dan tingkah laku mesra alam sekitar. Namun terdapat perbezaan min yang signifikan secara statistik bagi pengetahuan. Min pengetahuan pelajar perempuan lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Implikasi dapatan kajian ini boleh membantu ES dan SH untuk menerapkan pendidikan alam sekitar secara efektif bagi melahirkan pelajar yang berliterasi alam sekitar yang memiliki tahap tingkah laku mesra alam sekitar yang tinggi bagi menangani masalah alam sekitar di dalam negara pada masa akan datang. Manakala, ES ‘as a way of life project’ hanya meningkatkan tahap penyertaan dalam kalangan pelajar, tetapi gagal untuk mendapatkan hasil yang diharapkan dari aspek melahirkan pelajar yang lebih bertanggungjawab terhadap tingkah laku mesra alam sekitar.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 126
Call Number: GE70.S578 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113717+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.75 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.