Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459951
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Aderi Che Noh, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMuhammad Talhah Ajmain @ Jima'ain (P79755)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:35:30Z-
dc.date.available2023-09-13T09:35:30Z-
dc.date.issued2017-12-01
dc.identifier.otherukmvital:113715
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459951-
dc.descriptionKeberhasilan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ketika Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berkait rapat dengan penguasaan guru ke atas KBAT. Oleh yang demikian, kajian terhadap pengetahuan, pemahaman, pelaksanaan kemahiran, kesediaan dan sikap guru terhadap KBAT serta hubungannya dengan demografi guru, perlu dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan guru pendidikan Islam di daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai 117 orang responden guru pendidikan Islam di kawasan Bangi dan Kajang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisisan Statistical Package for Science Sosial (SPSS) versi 22. Persetujuan daripada tiga orang pakar telah diperoleh bagi mendapatkan kesahan soal selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik ini mencatatkan nilai 0.83-0.94. Analisis keseluruhan dapatan kajian mendapati min yang tertinggi bagi kajian ini adalah bagi aspek kesediaan GPI, diikuti aspek pengetahuan dan pemahaman yang berada pada tahap interpretasi tinggi. Min yang sedikit rendah pula adalah bagi aspek kemahiran pelaksanaan dan sikap, namun masih berada pada tahap interpretasi tinggi. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan, pemahaman, kemahiran pelaksanaan, kesediaan dan sikap berdasarkan umur, kelulusan profesional tertinggi, bidang pengkhususan kecuali pada demografi pengalaman mengajar, tingkatan yang diajar dan kehadiran ke kursus KBAT. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penguasaan guru terhadap pengetahuan, pemahaman, pelaksanaan kemahiran, kesediaan dan sikap guru terhadap KBAT adalah faktor yang berkait rapat dalam keberhasilan menerapkan KBAT dalam PdP. Kajian ini mencadangkan agar pihak yang berkaitan perlu menyediakan latihan dan kursus yang berkala bagi memastikan guru Pendidikan Islam terus menguasai kemahiran dan mempunyai kefahaman yang jelas untuk mengaplikasikannya.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectThought and thinking -- Study and teaching (Secondary)
dc.subjectMuslim youth -- Conduct of life
dc.subjectCritical thinking -- Study and teaching
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan guru pendidikan Islam di daerah Hulu Langat, Selangor
dc.typetheses
dc.format.pages180
dc.identifier.callnoLB1590.3.M848 2017 tesis
dc.identifier.barcode113715(2019)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113715+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
991.36 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.