Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459943
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Lilia Halim, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Nur Erwani Rozi (P88716) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:35:21Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:35:21Z | - |
dc.date.issued | 2019-06-20 | |
dc.identifier.other | ukmvital:110805 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459943 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kreativiti saintifik dalam kalangan guru fizik di daerah Seremban, N. Sembilan. Aspek- aspek kreativiti saintifik yang dikaji adalah kefasihan, kelenturan, keaslian dan penghasilan produk. Selain itu kajian ini juga untuk mengenal pasti pengaruh antara kreativiti umum, pengetahuan konsep fizik dan pemikiran inventif terhadap kreativiti saintifik. Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik, ujian pengetahuan konsep fizik dan soalan terbuka Hu dan Adey (2002) sebagai instrument utama. Model Kreativiti Struktur Saintifik (SSCM) telah digunakan dalam kerangka kajian ini. Seramai 52 orang guru fizik terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Window versi 22.0. Analisis deskriptif melibatkan frekuensi, peratusan, skor min dan sisihan piawai dijalankan untuk menentukan demografi responden, tahap (i) kreativiti saintifik, (ii) kreativiti umum, (iii) pengetahuan konsep fizik dan (iv) pemikiran inventif. Analisis inferensi pula melibatkan analisis Regresi Berganda. Hasil kajian deskriptif menunjukkan secara keseluruhannya, responden mempunyai tahap kreativiti saintifik yang sederhana rendah. Tahap kreativiti umum dan pemikiran inventif responden pula berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala tahap pengetahuan konsep fizik adalah pada tahap yang tinggi. Analisis Regresi Berganda menunjukkan dua pemboleh ubah tidak bersandar iaitu pengetahuan konsep fizik dan pemikiran inventif mempunyai kolerasi secara signifikan serta mempengaruhi tahap kreativiti saintifik dalam kalangan guru fizik sebanyak 16.7 peratus. Implikasi kajian, pemikiran inventif dalam kalangan guru fizik perlu ditingkatkan pada tahap tinggi untuk meningkatkan kreativiti saintifik. Justeru, pihak yang terlibat dalam perkembangan profesionalisme guru perlu memantau, merancang pelbagai strategi dan meneruskan program intervensi untuk meningkatkan pemikiran inventif dan tahap kreativiti saintifik guru fizik.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kreativiti | |
dc.subject | Fizik | |
dc.subject | Inventif | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Hubungan antara kreativiti umum, pengetahuan konsep fizik dan pemikiran inventif dengan kreativiti saintifik dalam kalangan guru fizik | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 157 | |
dc.identifier.barcode | 004171(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110805+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.