Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459941
Title: Tahap kesediaan dan halangan melaksanakan pengajaran STEM dalam kalangan guru Sains
Authors: Norpizah Hashim (P84328)
Supervisor: Zolkepeli Haron
Keywords: STEM
Sains
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-May-2019
Description: Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam bidang pendidikan memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menarik minat pelajar yang semakin berkurang terhadap aliran Sains Tulen di lapan buah sekolah-sekolah menengah harian di Putrajaya. Kajian ini memfokuskan kepada tahap kesediaan dan halangan serta hubungan antara kesediaan dan halangan melaksanakan pengajaran STEM dalam kalangan guru Sains. Tujuan kajian ini untuk mengenalpasti sejauh mana guru-guru Sains bersedia dari aspek pengetahuan, pedagogi, kemahiran, amalan pengajaran dan sikap ke arah pelaksanaan STEM di sekolah serta mengenalpasti halangan yang dihadapi oleh guru-guru dari segi pengetahuan dan kemahiran, kemudahan makmal, peralatan STEM dan sokongan pentadbir ke arah melaksanakan STEM. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif menggunakan soal selidik yang diedarkan menggunakan google form. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan guru-guru dari aspek pengetahuan, amalan pengajaran dan sikap (afektif) menunjukkan tahap yang tinggi manakala halangan yang dihadapi oleh guru-guru dari aspek pengetahuan dan kemahiran adalah tinggi. Selain itu guru-guru kurang menghadapi halangan dari aspek kemudahan makmal, peralatan dan sokongan pentadbir. Hasil kajian ini dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) merangka latihan yang bersesuaian kepada guru-guru untuk memantapkan pelaksanaan STEM. Implikasi kajian adalah kesediaan guru akan semakin tinggi sekiranya tahap pengetahuan dan kemahiran guru dapat ditingkatkan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 126
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110798+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.