Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459940
Title: Aplikasi Hajj and Umrah Exploring sebagai m-pembelajaran dalam kalangan pelajar universiti awam di Malaysia
Authors: Siti Nor Afeeqah Md Azhar (P84465)
Supervisor: Mohd Jasmy Abd Rahman, Mejar
Keywords: Pengajaran dan pembelajaran
Pembelajaran atas talian
Pendidikan Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Jul-2019
Description: Pembelajaran atas talian kian meningkat pada abad ini sebagai teknik yang lebih berkesan seiring dengan zaman teknologi. Subjek haji dan umrah pula tidak difahami oleh pelajar dengan lebih mendalam terutamanya asas-asas mengerjakan haji dan umrah. Oleh itu, Aplikasi Hajj And Umrah Exploring memberi kemudahan kepada para pelajar khususnya dalam mengetahui topik-topik yang berkaitan haji dan umrah dengan lebih mahir. Kajian ini bertujuan membincangkan mengenai tahap penerimaan pelajar mengenai haji dan umrah dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini turut mengkaji tahap pengetahuan tentang haji dan umrah dalam kalangan pelajar universiti awam di Malaysia. Di samping itu, kajian turut mengkaji Aplikasi Hajj and Umrah exploring mampu meningkatkan jenis aplikasi berkaitan dengan Pendidikan Islam. Tujuan kajian untuk membangunkan sebuah perisian Hajj and Umrah Exploring di kalangan pelajar universiti awam di Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan kuantitatif dan analisis deskriptif yang menjadikan soal selidik sebagai instrumen melalui analisis Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23. Seramai 278 orang pelajar dari Universiti Awam dijadikan responden kajian ini yang diambil secara rawak. Kajian menunjukkan bahawa aplikasi ini memenuhi kehendak para pelajar dalam pembelajaran bagi mendapatkan pendidikan yang baik. Oleh itu, Aplikasi Hajj and Umrah Exploring berkesan membantu proses pengajaran dan pembelajaran terkini selari dengan pendidikan berteknologi terkini.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 85
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110797+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.