Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459939
Title: Penerimaan e-Pembelajaran web 2.0 dalam kalangan pelajar kolej universiti swasta
Authors: Nor'ain Nanyan (P73929)
Supervisor: Aidah Abd. Karim, Dr.
Keywords: e-Pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran
Web 2.0
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-May-2019
Description: Penggunaan e-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) semakin mendapat perhatian di institusi pendidikan tinggi. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti penerimaan e-Pembelajaran web 2.0 dalam kalangan pelajar kolej universiti swasta di Selangor. Kajian ini menggunakan model UTAUT (Unified Theory of Acceptance and Use of Technology) sebagai kerangka kajian untuk mengukur penerimaan pelajar terhadap e-Pembelajaran web 2.0. Kajian ini juga menggunakan rekabentuk tinjauan dan borang soal selidik sebagai alat kajian. Sampel kajian terdiri daripada 325 pelajar program Sarjana Muda Perguruan dan Diploma Perguruan di sebuah kolej swasta di Selangor. Data kuantitatif yang diperolehi dari borang soal-selidik telah dianalisis secara deskriptif dan inferesi dengan menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan e-Pembelajaran web 2.0 dalam kalangan pelajar kolej universiti adalah sangat tinggi dan memberangsangkan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penerimaan dan penggunaan e-Pembelajaran 2.0 dalam kalangan pelajar universiti swasta. Selain itu dapatan kajian menunjukkan pengaruh sosial dan keadaan kemudahan merupakan faktor yang signifikan menyumbang terhadap penerimaan e-Pembelajaran dalam kalangan pelajar kolej universiti swasta. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor perbezaan dari segi jantina mahupun program pengajian yang berlainan tidak mempengaruhi penerimaan e-Pembelajaran web 2.0 dalam kalangan pelajar kolej universiti swasta. Kajian ini menunjukkan bahawa pengaruh sosial dan keadaan kemudahan boleh digunakan oleh pensyarah dan institusi pengajian dalam mempromosikan dan meningkatkan lagi penerimaan dan penggunaan e-Pembelajaran sebagai medium pembelajaran utama dalam pengajian tinggi.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 124
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110795+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.