Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459935
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamaludin Hj. Badusah, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorFauziah Ahmad@Muhd Zailani (P78964)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:35:11Z-
dc.date.available2023-09-13T09:35:11Z-
dc.date.issued2019-02-24
dc.identifier.otherukmvital:110168
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459935-
dc.descriptionKajian ini bertujuan melihat sejauh mana aplikasi teknologi maklumat Web 2.0 iaitu Socrative membantu pelajar sekolah rendah dalam menguasai pembelajaran Bahasa Melayu daripada aspek tatabahasa. Kajian ini juga mengenal pasti keberkesanannya dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam menguasai kemahiran Tatabahasa Bahasa Melayu. Kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah kuasi eksperimen ini melibatkan seramai 60 orang responden iaitu pelajar Tahun 5 dari sebuah sekolah rendah di daerah Kuala Langat. 30 orang responden yang merupakan kumpulan kawalan akan diajar menggunakan kaedah konvensional manakala 30 orang responden yang akan diajar menggunakan aplikasi Web 2.0 berbantukan aplikasi Socrative adalah sebagai kumpulan eksperimen. Instrumen kajian yang digunakan meliputi Set soalan Ujian Pra, Ujian Pasca dan borang soal selidik. Ujian Pra dan Ujian Pasca dilaksanakan untuk mengukur peningkatan tahap penguasaan tatabahasa responden manakala soal selidik digunakan bagi mengukur tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar selepas menggunakan aplikasi Socrative setelah ujian dijalankan. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan menunjukkan skor min pembolehubah pencapaian untuk ujian pra kumpulan eksperimen ialah 70.93 (s.p. 4.80) manakala ujian pra kumpulan kawalan iaitu 69.43 (s.p. 5.70). Manakala skor min pembolehubah pencapaian kumpulan eksperimen bagi ujian pasca ialah 90.20 (s.p. 4.94) lebih tinggi berbanding dengan skor min ujian pasca kumpulan kawalan iaitu 75.00 (s.p. 3.90). Kajian yang dijalankan telah dapat membuktikan pembelajaran menggunakan aplikasi Socrative berjaya meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Justeru, penggunaan aplikasi ini diharap dapat membantu pelajar sekolah rendah menguasai tatabahasa Bahasa Melayu dengan lebih baik.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectWeb 2.0 -- Study and teaching
dc.subjectWeb-based instruction
dc.subjectEducational technology
dc.subjectMalay language -- Study and teaching
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKeberkesanan dan persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi Socrative dalam pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu sekolah rendah
dc.typetheses
dc.format.pages113
dc.identifier.callnoLB1044.87.F388 2019 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110168+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.