Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459933
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Roslinda Rosli, Dr. | - |
dc.contributor.author | Sharida Abu Talib (P87001) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:35:08Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:35:08Z | - |
dc.date.issued | 2019-04-03 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:109497 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459933 | - |
dc.description | Contoh merupakan salah satu kaedah yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi membantu guru menjelaskan konsep abstrak terutamanya dalam Matematik dan Matematik Tambahan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti dan meneroka pemilihan dan penggunaan contoh oleh empat orang guru Matematik Tambahan yang mengajar kelas tingkatan 4 dan 5. Data kualitatif dikumpul melalui pemerhatian tidak turut serta, temu bual semi berstruktur dan analisis dokumen yang dilaksanakan di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan. Rakaman video dan audio ditranskripsikan dan dianalisis dengan aplikasi ATLAS.ti 8 di mana tema-tema dihasilkan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan utama kajian terbahagi kepada tiga bahagian iaitu; faktor-faktor pemilihan contoh dalam memperkenalkan idea matematik, penggunaan contoh sewaktu proses PdP dari aspek pengetahuan guru dan ciri-ciri contoh yang digunakan. Selain itu, guru-guru didapati memberi pertimbangan yang signifikan dalam pemilihan contoh ketika memperkenalkan idea Matematik. Manakala bagi aspek penggunaan contoh, dapatan terbahagi kepada dua bahagian iaitu strategi penggunaan contoh dan pengetahuan guru. Guru menggunakan contoh-contoh yang khusus seterusnya kepada yang lebih umum. Jenis contoh yang digunakan oleh guru yang terlibat adalah analogi, contoh kerja, contoh kesilapan, contoh yang dijana oleh pelajar dan contoh yang dijana oleh guru sendiri. Implikasi kajian dan cadangan kajian lanjutan dikemukakan bagi meningkatkan dan menambah baik mutu pengajaran guru Matematik Tambahan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Mathematics -- Study and teaching | - |
dc.subject | Mathematics -- Problems, exercises, etc. | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pemilihan dan penggunaan contoh dalam kalangan empat orang guru Matematik Tambahan | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 253 | - |
dc.identifier.callno | QA11.2.S537 2019 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109497+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.44 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.