Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459932
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Roslinda Rosli, Dr. | |
dc.contributor.author | Mardhiyah Kharismayanda (P89376) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:35:07Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:35:07Z | - |
dc.date.issued | 2019-03-18 | |
dc.identifier.other | ukmvital:109496 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459932 | - |
dc.description | Penggunaan lembaran kerja secara efektif mampu mewujudkan pembelajaran aktif dan berkesan. Namun demikian, kebanyakan lembaran kerja kurang memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah seharian. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai kebolehgunaan lembaran kerja pembelajaran berasaskan masalah (PBM) bagi topik kubus dan kuboid untuk pelajar sekolah menengah. Pembangunan dan kebolehgunaan lembaran kerja PBM berlandaskan model ADDIE yang terdiri daripada lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembinaan, pelaksanaan dan penilaian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik analisis keperluan pelajar, protokol temu bual, borang kesahan lembaran kerja PBM, borang penilaian kebolehgunaan lembaran kerja PBM dan borang pemerhatian pengajaran dan pembelajaran menggunakan lembaran kerja PBM. Analisis data menggunakan kaedah statistik deskriptif dan analisis tematik. Dalam fasa analisis, didapati bahawa pelajar memerlukan pembangunan lembaran kerja berasaskan masalah seharian. Dalam fasa reka bentuk, ditentukan aspek-aspek pedagogi yang diterapkan pada lembaran kerja PBM. Dalam fasa pembinaan, lembaran kerja PBM dibina mengikut reka bentuk yang ditentukan. Kesahan lembaran kerja PBM ditentukan oleh empat orang pakar dalam fasa pembinaan. Berdasarkan data yang diperoleh, lembaran kerja PBM mempunyai kesahan 77.4%. Dalam fasa pelaksanaan, 30 orang pelajar tingkatan dua di SMPN 1 Kampa dan guru menggunakan lembaran kerja PBM sebagai sumber belajar. Dalam fasa penilaian pula ditentukan kebolehgunaan lembaran kerja PBM. Berdasarkan data yang diperoleh, lembaran kerja PBM mempunyai kebolehgunaan 85.6%. Secara kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa lembaran kerja PBM mempunyai kesahan yang baik dan boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Problem solving -- Study and teaching (Elementary) | |
dc.subject | Problem-based learning | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pembangunan dan penilaian kebolehgunaan lembaran kerja pembelajaran berasaskan masalah bagi topik kubus dan kuboid untuk pelajar Sekolah Menengah Pertama Negeri 1 Kampa | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 214 | |
dc.identifier.callno | LB1027.42.M337 2019 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109496+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.