Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459931
Title: Keberkesanan pembelajaran berasaskan projek terhadap literasi saintifik dan kemahiran inventif
Authors: Edi Mohamra Mustapa (P88718)
Supervisor: Kamisah Osman, Prof. Dr.
Keywords: Project method in teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Mar-2019
Description: Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu strategi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sangat relevan dengan Pendidikan Science Technology Engineering Mathematics (STEM) mahupun Science Technology Engineering Art Mathematics (STEAM) serta bertepatan dengan era pendidikan masa kini. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan pembelajaran berasaskan projek terhadap literasi saintifik dan kemahiran inventif dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran sains teras di kawasan luar bandar. Kajian ini yang menggunakan kaedah eksperimen kuasi dengan reka bentuk non-equivalent control group design yang melibatkan satu kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan diberikan pendekatan pembelajaran berasaskan projek melalui modul NEED-A yang dibangunkan dalam kajian ini manakala kumpulan kawalan menjalani proses pengajaran dan pembelajaran sedia ada. Kajian ini melibatkan seramai 94 orang pelajar di sebuah sekolah harian biasa di daerah Kuantan. Instrumen yang digunakan ialah ujian pengetahuan dan soal selidik sikap saintifik serta soal selidik kemahiran inventif. Soalan pengetahuan merangkumi tajuk koordinasi badan dan sikap saintifik pula meliputi lima sub sikap iaitu mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan, menyedari sains sebagai cara memahami alam, berfikiran kritikal, berfikiran terbuka dan sistematik. Kemahiran inventif pula mengandungi enam sub kemahiran iaitu penyesuaian diri, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, mengambil risiko dan pemikiran aras tinggi. Analisis dapatan kajian melibatkan analisis deskriptif dan diikuti oleh analisis inferensi menggunakan ujian-t tidak bersandar, MANOVA dan MANOVA faktorial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan dan sikap saintifik tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran inventif berdasarkan kumpulan. Analisis MANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan sub sikap saintifik dan sub kemahiran inventif pelajar berdasarkan kumpulan. Analisis MANOVA faktorial pula menunjukkan bahawa terdapat kesan utama kumpulan terhadap sub sikap saintifik dan sub kemahiran inventif tetapi tidak terdapat kesan utama waktu ujian terhadap sub sikap saintifik dan sub kemahiran inventif. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat kesan interaksi kumpulan dan waktu ujian terhadap sub sikap saintifik dan sub kemahiran inventif. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan modul NEED-A berjaya memberikan impak positif terutamanya kepada pengetahuan dan sikap saintifik pelajar. Kajian ini mengimplikasikan bahawa strategi pembelajaran berasaskan projek boleh dijadikan sebagai satu alternatif pembelajaran yang bermakna dan berkesan ke atas pelajar luar bandar berdasarkan kerelevanannya dengan keperluan pelajar tersebut.,Sarjana Pendidikan
Pages: 285
Call Number: LB1027.43.E335 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109494+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
22.54 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.