Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459928
Title: Penerimaan pelajar sekolah menengah terhadap kaedah pengajaran guru Bahasa Melayu yang dibimbing oleh pembimbing pakar peningkatan sekolah (SISC+)
Authors: Nor Fatin Afiqah Mohd Noor (P81355)
Supervisor: Zamri Mahamod, Prof. Dr.
Keywords: School improvement programs
Teaching -- Methodology
Malay language -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-Jan-2019
Description: Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang bertujuan mengkaji penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru bahasa Melayu yang dibimbing oleh Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah, School Improvement Specialist Coaches (SISC+) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah luar bandar di Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Kajian ini telah menggunakan kompenan dalam model Robert Glaser yang membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen yang utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen bagi mendapatkan data. Seramai 320 orang sampel yang terlibat di dalam kajian ini dan mereka telah dipilih secara rawak mudah dengan merujuk jadual Cohen yang melibatkan populasi seramai 1920 orang. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai alpha Cronbach borang soal selidik tersebut ialah 0.951. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan ‘Statistical Package for Social Sciences for Windows (SPSS) Version 23’. Hasil daripada soal selidik yang diedarkan pengkaji mendapati bahawa terdapat seramai 128 orang pelajar lelaki dan 192 orang pelajar perempuan yang telah terlibat dalam kajian ini. Hasil daripada analisis deskriptif menunjukkan bahawa kaedah gallery walk adalah kaedah yang telah digunakan oleh guru bahasa Melayu yang dibimbing oleh pegawai SISC+ paling kerap dan diterima baik oleh para pelajar dengan mencatatkan nilai min sebanyak 4.03. Manakala, diikuti dengan kaedah kaedah pengajaran chalk & talk, masteri dan kaedah peti i-think dengan catatan nilai min masing-masing sebanyak 3.64, 3.99 dan 3.90. Kaedah pengajaran guru yang paling kurang diminati oleh para pelajar ialah kaedah kerusi panas dengan nilai minnya 3.18. Namun begitu, nilai min kesemua kaedah pengajaran masih lagi berada tahap yang tinggi dan ini menunjukkan kaedah pengajaran guru bahasa Melayu yang dibimbing oleh pegawai SISC+ masih mendapat maklum balas yang positif daripada pelajar. Analisis statistik inferensi menggunakan ujian t-tidak bersandar pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan penerimaan pelajar mengikut jantina terhadap kelima-lima kaedah pengajaran guru bahasa Melayu yang dibimbing oleh pegawai SISC+ di daerah Pasir Puteh. Hasil daripada analisis ANOVA sehala pula menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan kaedah pengajaran berdasarkan markah pelajar. Implikasi kajian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran yang bersesuaian mampu membantu para pelajar meningkatkan tahap pencapaian mereka dengan menggunakan kaedah yang mereka minati. Kajian yang lebih komprehensif perlu dijalankan di daerah lain untuk melihat kesan bimbingan SISC+ terhadap pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.,Sarjana Pendidikan
Pages: 124
Call Number: LB2822.84.M4N644 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109491+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.79 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.