Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459926
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mahadi Suboh (P84554) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:34:59Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:34:59Z | - |
dc.date.issued | 2019-03-06 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:109490 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459926 | - |
dc.description | Guru yang mengamalkan penggunaan „lughatul-fasli" secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab mampu meningkatkan tahap penguasaan murid terutamanya dalam kemahiran bertutur bahasa Arab. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan „lughatul-fasli" guru, sikap guru dan tahap penggunaan „lughatul-fasli" dalam kalangan guru bahasa Arab serta mengkaji hubungan antara pengetahuan „lughatul-fasli" guru dengan sikap guru dalam penggunaan „lughatul-fasli". Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk kajian tinjauan. Kajian ini dijalankan ke atas guru yang mengajar matapelajaran bahasa Arab KSSR j-QAF sekolah rendah di negeri Melaka. Sampel kajian terdiri daripada 168 orang guru bahasa Arab. Instrumen kajian berupa soal selidik dibina berdasarkan kajian lepas yang berkaitan. Data yang diperoleh dianalisis dan dibentangkan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif dengan melihat kepada nilai min dan sisihan piawai. Manakala kaedah analisis statistik inferensi berupa ujian korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan „lugahtul-fasli" guru bahasa Arab terhadap penggunaan „lughatul-fasli" berada pada tahap tinggi. Sikap guru bahasa Arab terhadap penggunaan „lughatul-fasli" berada pada tahap sederhana tinggi. Tahap penggunaan „lughatul-fasli" dalam kalangan guru bahasa Arab juga berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil analisis juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan positif kuat antara pengetahuan „lughatul-fasli" guru bahasa Arab dengan sikap guru bahasa Arab dalam penggunaan „lughatul-fasli". Terdapat hubungan yang signifikan positif kuat antara pengetahuan „lughatul-fasli" guru bahasa Arab dengan tahap penggunaan „lughatul-fasli" dalam kalangan guru bahasa Arab. Terdapat hubungan yang signifikan positif kuat antara sikap guru bahasa Arab dengan tahap penggunaan „lughatul-fasli" dalam kalangan guru bahasa Arab. Kesimpulannya, pengetahuan „lughatul-fasli" guru dan sikap guru didapati mempunyai hubungan yang kuat terhadap pelaksanaan penggunaan „lughatul-fasli" dalam kalangan guru bahasa Arab di dalam bilik darjah. Justeru itu, kerjasama pelbagai pihak seperti BPK, JPN dan GBA amat diperlukan. Melalui kajian ini juga diharapkan pihak-pihak ini dapat memainkan peranan masing-masing agar penekanan terhadap penggunaan LF diberi perhatian serius dalam meningkatkan kemahiran bertutur murid dalam bahasa Arab dengan lebih baik.,Sarjana Pendidikan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Arabic teachers -- Malaysia | - |
dc.subject | Arabic language -- Study and teaching | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pengetahuan dan sikap guru dalam penggunaan lughatul-fasli' | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 129 | - |
dc.identifier.callno | LB1727.M4M334 2019 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109490+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.23 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.