Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459925
Title: | Impak Permainan Ketingting Suku Kata terhadap kemahiran menyebut suku kata KV, KV+K, dan KV+KV, interaksi serta nilai murni murid prasekolah |
Authors: | Nanysuryati Baba (P75018) |
Supervisor: | Aliza Alias, Dr. |
Keywords: | Education Preschool -- Activity programs Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Jan-2019 |
Description: | Kaedah belajar sambil bermain merangsang murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan. Permainan ketingting merupakan satu permainan pergerakan fizikal yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk murid prasekolah. Sehubungan itu, kajian kes ini dijalankan untuk mengenal pasti impak Permainan Ketingting Suku Kata terhadap kemahiran menyebut suku kata KV, KV+K, KV+KV, interaksi dan nilai murni murid prasekolah yang mempunyai tahap pencapaian rendah. Subjek kajian merupakan enam orang murid prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di Zon Keramat yang dipilih berdasarkan tahap pencapaian yang rendah dalam ujian pra yang dijalankan. Satu set soalan ujian telah diberikan kepada enam orang murid prasekolah sebelum dan selepas Permainan Ketingting Suku Kata dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi melihat impak Permainan Ketingting Suku Kata terhadap kemahiran menyebut suku kata KV, KV+K,KV+KV murid prasekolah. Temu bual dengan seorang guru prasekolah dan seorang pembantu pengurusan murid telah dilaksanakan untuk mengenal pasti interaksi dan nilai murni yang dipamerkan oleh subjek kajian selepas permainan dijalankan. Pemerhatian menggunakan senarai semak turut dijalankan untuk mencerap interaksi dan nilai murni yang dipamerkan subjek kajian semasa Permainan Ketingting Suku Kata dijalankan. Selepas lapan minggu Permainan Ketingting Suku Kata digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, didapati kesemua subjek kajian menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menyebut suku kata KV, KV+K dan KV+KV. Hasil analisis data temu bual dan pemerhatian pula didapati Permainan Ketingting Suku Kata telah merangsang interaksi subjek kajian dengan rakan sekelas, guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid. Dapatan kajian menunjukkan subjek kajian turut mempamerkan nilai murni seperti berhemah tinggi, kerjasama dan kerajinan. Ini menunjukkan, Permainan Ketingting Suku Kata berjaya mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan bagi menarik minat subjek kajian serta membantu menguasai kemahiran menyebut suku kata KV,KV+K dan KV+KV. Selain daripada melibatkan pergerakan fizikal, kaedah yang mengintegrasikan bermain dalam pembelajaran turut mewujudkan interaksi yang positif dan seterusnya menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid prasekolah yang dikaji.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 161 |
Call Number: | LB1140.35.C74N335 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109489+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.27 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.