Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459924
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Aderi Che Noh, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Azam Mahat (P87529) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:34:57Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:34:57Z | - |
dc.date.issued | 2019-03-28 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:109487 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459924 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan aktiviti dakwah di sekolah rendah. Model Kompetensi Bongkah Ais dan Standard Guru Malaysia (SGM) yang melibatkan komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap telah dijadikan panduan sepanjang kajian ini dijalankan. Secara terperinci, kajian ini dapat memberikan maklumat berkaitan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan aktiviti dakwah di sekolah rendah, serta perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Pendidikan Islam berdasarkan faktor demografi terpilih. Hubungan antara tahap pengetahuan dengan sikap dan hubungan antara tahap kemahiran dengan sikap turut dikenal pasti. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 206 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah di daerah Kluang, Johor sebagai responden kajian. Data yang diperolehi dianalisis dalam bentuk deskriptif dan inferensi. Data deskriptif telah dianalisis dengan menggunakan frekuansi, min, sisihan piawai, dan inferensi pula telah dianalisis menggunakan Ujian t, ANOVA dan Korelasi Pearson. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan aktiviti dakwah di sekolah rendah berada pada tahap tinggi. Analisis ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru berdasarkan jantina. Manakala analisis ujian t terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru berdasarkan lokasi sekolah mendapati tiada perbezaan yang signifikan. Ujian ANOVA turut mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru berdasarkan pengalaman mengajar. Dapatan Korelasi Pearson menunjukkan terdapatnya hubungan yang positif pada tahap tinggi antara pengetahuan dengan sikap guru Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan aktiviti dakwah di sekolah rendah. Begitu juga didapati terdapatnya hubungan yang positif pada tahap tinggi antara kemahiran dengan sikap guru Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan aktiviti dakwah di sekolah rendah. Implikasi kajian ini, untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan aktiviti dakwah di sekolah, tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Pendidikan Islam perlu diperkukuhkan melalui program latihan yang berterusan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Pendidikan Islam dari aspek latihan, kolaborasi, infrastruktur, dan pemantauan dari semasa ke semasa. Selain itu, perlunya satu modul atau panduan disediakan oleh pihak bertangunggjawab sebagai rujukan dan panduan kepada semua guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan aktiviti dakwah di sekolah.,Sarjana Pendidikan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Teachers | - |
dc.subject | Da’wah (Islam) | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan aktiviti dakwah sekolah rendah | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 190 | - |
dc.identifier.callno | LB1775.8.M833 2019 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109487+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.73 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.