Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459922
Title: | Tahap kesediaan guru pendidikan khas menerapkan elemen keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas masalah pembelajaran |
Authors: | Rozaini Saharuddin (P73725) |
Supervisor: | Mohd Mokthar Tahar, Dr. |
Keywords: | Special education teachers Effective teaching Entrepreneurship -- Study and teaching Learning disabilities Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Nov-2018 |
Description: | Kajian ini bertujuan meninjau kesediaan guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran menerapkan elemen keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah rendah. Penumpuan diberi perhatian dalam kajian ini adalah pengetahuan, sikap, serta masalah yang dihadapi oleh guru. Seramai 50 orang guru pendidikan khas masalah pembelajaran dari Daerah Maran telah dipilih dalam kajian ini. Teori dan model yang digunakan dalam kajian ini didaptasi dari Teori Personaliti Sigmund Freud dan Teori Sosiobudaya Vgotsky. Kajian ini menggunakan soal-selidik adaptasi dari sebagai alat kajian yang mengandungi item-item berkaitan demografi, pengetahuan, sikap, masalah dan cadangan meningkatkan penerapan elemen keusahawanan. Sampel kajian seramai 30 orang Penyelaras Pendidikan Khas Di Negeri Pahang telah diuji dahulu sebelum digunakan kepada sampel sebenar. Dapatan yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu min, frekuensi, dan peratusan serta inferensi iaitu Korelasi Pearson. Hasil dapatan yang dianalisis menunjukkan sikap guru dan pengetahuan guru adalah negatif manakala analisa Korelasi Pearson menunjukkan wujudnya perkaitan yang lemah (r=0.328, p=0.00) antara pengetahuan dan sikap guru. Oleh yang demikian kajian dapat mengesan guru-guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran perlu mempunyai pengetahuan dan sikap yang mantap bagi menerapkan elemen keusahawanan ini dalam pengajaran dan pembelajaran.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 103 |
Call Number: | LC4019.8.R639 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109141+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 505.24 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.