Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459919
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamisah Osman, Prof. Dr.
dc.contributor.authorSiti Mariam Zazam (P85648)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:34:52Z-
dc.date.available2023-09-13T09:34:52Z-
dc.date.issued2018-10-01
dc.identifier.otherukmvital:108431
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459919-
dc.descriptionPembangunan dalam Sains dan Teknologi amat diperlukan bagi membantu meningkatkan ekonomi negara. Untuk memenuhi hasrat tersebut, tenaga pakar dalam bidang Sains dan Teknologi amat diinginkan. Penguasaan dalam pengetahuan Sains sahaja tidak mencukupi jika ia tidak diseimbangkan dengan kemahiran. Oleh itu, seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, selain penguasaan dalam pengetahuan Sains, murid juga perlu menguasai kemahiran berfikir terutamanya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Hal ini kerana dengan menguasai KBAT, murid bukan hanya mampu menguasai pengetahuan Sains dengan baik malah dapat menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Justeru, guru perlu memainkan peranan yang penting sebagai pembimbing dan pemudah cara dalam menjayakan pemupukan KBAT ini. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk meninjau pengetahuan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan kesediaan guru mata pelajaran Sains terhadap pemupukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kaedah yang digunakan ialah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama yang mengandungi empat konstruk iaitu Pengetahuan, Kemahiran, Sikap dan Kesediaan. Sampel kajian yang terlibat adalah terdiri daripada 113 orang guru yang mengajar mata pelajaran Sains sekolah rendah dari 31 buah sekolah kebangsaan di Daerah Jasin, Melaka. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang tinggi terhadap KBAT serta kesediaan yang tinggi dalam melaksanakan pemupukan KBAT. Selain itu, hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kesediaan guru terhadap KBAT berdasarkan opsyen Sains manakala dari segi pengalaman menghadiri kursus KBAT pula, terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kesediaan guru terhadap KBAT. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana antara pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap KBAT dengan kesediaan guru terhadap pemupukan KBAT. Kemudiannya, ia turut menunjukkan bahawa pengetahuan dan sikap merupakan peramal yang menyumbang kepada kesediaan guru untuk melaksanakan pemupukan KBAT dalam pembelajaran. Kajian ini dijangka dapat membantu menambahbaik proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Sains dengan pemupukan KBAT bagi membentuk murid yang berprestasi tinggi yang dapat memacu kecemerlangan pendidikan Negara di masa hadapan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectScience teachers -- Malaysia
dc.subjectThought and thinking
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengetahuan, kemahiran dan sikap guru Sains terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
dc.typetheses
dc.format.pages197
dc.identifier.callnoLB1590.3.S568 2018 tesis
dc.identifier.barcode003914(2019)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108431+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.