Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459918
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamalul Lail Abdul Wahab
dc.contributor.authorMuhammad Hisham Adnan (P83109)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:34:51Z-
dc.date.available2023-09-13T09:34:51Z-
dc.date.issued2018-09-29
dc.identifier.otherukmvital:108430
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459918-
dc.descriptionAmalan kepimpinan instruksional Guru Besar merupakan pemboleh ubah yang penting kerana pengaruhnya terhadap efikasi dan komitmen guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar serta pengaruhnya terhadap efikasi dan komitmen guru Sekolah Kebangsaan (Murid Asli) (SKMA) di Daerah Gua Musang, Kelantan. Kajian ini ialah kajian tinjauan rentasan yang telah melibatkan seramai 130 orang responden iaitu guru-guru di sembilan buah SKMA Daerah Gua Musang, Kelantan dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan instruksional Guru Besar adalah tinggi (m=4.23, sp=.35). Tahap efikasi (m=4.31, sp=.36) dan komitmen guru (m=4.05, sp=.38) di SKMA Gua Musang pula berada pada tahap sangat tinggi dan tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan korelasi yang signifikan antara amalan kepimpinan instruksional Guru Besar dengan efikasi (r=.431, p<.01) dan komitmen guru (r=.286, p<.01) di SKMA Daerah Gua Musang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dimensi amalan kepimpinan instruksional Guru Besar yang mempengaruhi efikasi (r2=.251, F(3,126)=14.068, p<.01) dan komitmen guru (r2=.092, F(3,126)=4.257, p<.01). Dapatan kajian menunjukkan faktor membentuk iklim sekolah yang positif adalah peramal yang paling dominan terhadap efikasi (b=.435, p<.01) berbanding faktor mendefinisikan misi sekolah (b= -.313, p<.05) dan mengurus program instruksional (b=.306, p<.05). Dapatan kajian juga menunjukkan hanya faktor membentuk iklim sekolah yang positif (b=.337, p<.05) adalah peramal terhadap komitmen guru. Kajian ini memberi input penting kepada pihak berkepentingan tentang tahap amalan kepimpinan instruksional Guru Besar, efikasi guru dan komitmen guru di SKMA Daerah Gua Musang.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectSchool administrators -- Malaysia
dc.subjectSchool management and organization -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAmalan kepimpinan instruksional guru besar serta pengaruhnya terhadap efikasi dan komitmen guru di Sekolah Kebangsaan (Murid Asli)
dc.typetheses
dc.format.pages199
dc.identifier.callnoLB2831.9.M874 2018 tesis
dc.identifier.barcode003913(2019)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108430+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.