Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459917
Title: | Amalan pengurusan kewangan, strategi pemasaran, masalah dan kejayaan usahawan PKS Bumiputera |
Authors: | Anwar Nabi Alam (P69116) |
Supervisor: | Halimah Harun |
Keywords: | Business enterprises -- Finance Small business Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 13-Apr-2018 |
Description: | Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan pengurusan kewangan,strategi pemasaran, masalah dan kejayaan usahawan PKS Bumiputera. Justeru terdapat beberapa aspek utama dalam amalan pengurusan kewangan dikenal pasti iaitu pengurusan modal kerja, pengasingan hal ehwal peribadi dan perniagaan dan tatacara perekodan maklumat kewangan perniagaan, mengenal pasti strategi pemasaran usahawan PKS Bumiputera dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan PKS Bumiputera. Reka bentuk kajian ialah kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif. Alat kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah protokol temubual, senarai pemerhatian dan analisis dokumen. Seramai 10 orang usahawan PKS Bumiputera di daerah Kuala Langat, mukim Telok Panglima Garang dan Kanchong Darat telah dipilih sebagai responden kajian ini. Data kajian dianalisis dengan menggunakan analisis dokumen, membuat triangulasi, dan mendapatkan pengesahan daripada responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden mempunyai pengetahuan tentang pengurusan kewangan melalui kursus yang dihadiri. Namun masih terdapat segelintir responden yang kurang mempraktikkan amalan pengurusan kewangan. Dapatan kajian juga mendapati strategi pemasaran yang digunakan oleh responden seperti penggunaan pengiklanan di media sosial dapat membantu responden memperkenalkan produk secara meluas di seluruh dunia. Dalam kajian ini juga, terdapat 10 masalah dikenal pasti yang dihadapi oleh usahawan iaitu masalah produk, tidak dapat memenuhi permintaan, bahan mentah, persaingan, pekerja, pembekal, penghantaran, jaringan, promosi, dan menyimpan stok. Dapatan kajian juga mendapati kesemua orang responden berjaya mencapai kejayaan dalam perniagaan yang dijalankan. Sumbangan kajian diharap dapat membantu pihak latihan keusahawanan untuk mempertingkatkan lagi tahap amalan pengurusan kewangan dalam kalangan usahawan PKS Bumiputera. Implikasi kajian ini ialah kepada pihak berkepentingan dalam mengendalikan program latihan keusahawanan perlu lebih memfokuskan kursus yang berkaitan amalan pengurusan kewangan dalam kalangan usahawan PKS Bumiputera agar usahawan bijak menguruskan kewangan perniagaan pada masa akan datang.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 175 |
Call Number: | HG4011.A583 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108428+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.22 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.