Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459913
Title: | Dorongan persekitaran sosial ke arah peningkatan karakter bangsa dalam kalangan mahasiswa Universitas Riau, Indonesia |
Authors: | Nurfitrianti Misheila (P86995) |
Supervisor: | Abdul Razaq Ahmad, Prof. Dato’ Dr. |
Keywords: | Social institutions -- Indonesia Social networks -- Indonesia Nation-building -- Indonesia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Sep-2018 |
Description: | Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti dorongan persekitaran sosial yang melibatkan dorongan keluarga, rakan sebaya dan aktiviti maya serta dorongan persekitaran kampus dari aspek pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum dan sejauhmana ianya memberikan pengaruh terhadap karakter bangsa. Karakter bangsa dalam kajian ini hanya memfokuskan tiga aspek utama, iaitu : kreativiti dan inovasi, nasionalisme dan agama. Hasil kajian rintis dengan menggunakan Cronbach Alpha bagi keseluruhan item dalam semua konstruk adalah berada di tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah yang melibatkan seramai 334 orang responden dalam kalangan mahasiswa daripada dua fakulti iaitu Fakulti Ekonomi (FEKON) dan Fakulti Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA) di Universitas Riau, Indonesia. Dapatan kajian menunjukkan tahap dorongan persekitaran sosial, persekitaran kampus dan karakter bangsa berada di tahap yang tinggi dan sederhana tinggi. Manakala dapatan kajian bagi perbezaan setiap konstruk yang dikaji berdasarkan jantina dan fakulti menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan. Kajian ini juga mendapati sumbangan yang signifikan aspek dorongan persekitaran sosial dan persekitaran kampus terhadap karakter bangsa. Implikasi kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran sosial dan persekitaran kampus perlu menyediakan pelbagai bentuk program dan menambahbaik kokurikulum yang sedia ada agar ianya dapat memantapkan dan melestarikan karakter bangsa dalam kalangan mahasiswa di peringkat pengajian tinggi.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 123 |
Call Number: | HM826.N837 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108425+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.39 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.