Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459901
Title: Penglibatan pelajar dalam strategi pencegahan buli di sekolah menengah
Authors: Mohd Salim Awang (P85436)
Supervisor: Jamallulail Abdul Wahab
Keywords: Bullying in schools -- Prevention
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Feb-2019
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap perlakuan buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah serta untuk melihat tahap penglibatan serta keberkesanan kaedah atau strategi pencegahan buli yang telah dilakukan di sekolah menengah di Malaysia samada pencegahan secara umum, individu dan berkumpulan. Kajian juga untuk melihat perbezaaan fenomena perlakuan buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah berdasarkan jantina dan etnik serta mengenalpasti perbezaan penglibatan pelajar dalam strategi pencegahan buli; mengenalpasti perbezaan keberkesanan strategi di sekolah menengah berdasarkan jantina dan etnik. Kajian ini berpandukan kepada beberapa landasan teori dan model iaitu Teori Dominasi Sosial (1999), Model Pengurusan Bilik Darjah (1993) dan Model Pengurusan Tingkah laku (2011). Data kajian dianalisis dengan menggunakan dua teknik analisis iaitu analisis deskriptif (min dan sisihan piawai) serta analisis inferensi (MANOVA sehala). Dapatan kajian daripada analisis deskriptif mendapati bahawa tahap fenomena buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah adalah berada pada tahap yang rendah, manakala tahap penglibatan pelajar dalam strategi pencegahan buli di sekolah menengah berada pada tahap yang sederhana rendah. Manakala tahap keberkesanan strategi menangani buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah berada pada tahap sederhana tinggi. Bagi analisis MANOVA, dapat dilihat fenomena buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah berbeza dan tidak berbeza secara signifikan daripada aspek jantina dan etnik. Dapatan kajian juga menunjukan terdapat perbezaan yang signifikan dalam keberkesanan strategi menangani buli dalam kalangan pelajar di sekolah menengah berdasarkan jantina dan etnik. Implikasi kajian ini membuktikan bahawa pengurusan strategi pencegahan buli pelajar sekolah menengah merupakan satu kajian penting untuk dijadikan sebagai penanda aras bagi masalah buli masa kini. Bagi tujuan membentuk pelajar yang sihat fizikal, mental, rohani dan emosi serta memiliki kecemerlangan akademik, semua pihak termasuk ibu-bapa, sekolah dan masyarakat perlu memainkan peranan bagi mewujudkan persekitaran yang mampu mencegah berlakunya gejala buli. Gejala buli ini dilihat menjadi punca kepada berlakunya kecederaan sama ada berbentuk emosi, mental, fizikal dan mewujudkan masalah sosial yang lain. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia digesa supaya merangka dan mewujudkan model program anti-buli yang khusus bagi mencegah dan menangani gejala ini. Model ini akan dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada setiap sekolah di seluruh negara dan dijadikan sebagai asas kepada pembentukan program anti-buli yang boleh disalurkan melalui kurikulum sekolah.,Sarjana Pendidikan
Pages: 157
Call Number: LB3013.3.M837 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108341+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.