Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459900
Title: | Tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru mengajar Jawi sekolah rendah daerah Klang |
Authors: | Hazlan Atan (P88462) |
Supervisor: | Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Pedagogical content knowledge -- Malaysia Jawi alphabet -- Study and teaching (Primary) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2-Aug-2018 |
Description: | Pada umumnya, penguasaan kemahiran Jawi masih lemah dikalangan murid sekolah rendah di Malaysia. Salah satu cara yang boleh membantu meningkatkan penguasaan murid dalam menguasai kemahiran Jawi adalah dengan mengukur tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru mengajar Jawi. Kajian ini adalah untuk mengetahui tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Mengajar Jawi di sekolah rendah berdasarkan empat komponen dari teori Shulman. Objektif kajian ini adalah: 1) Mengenal pasti tahap Pengetahuan Isi Kandungan guru mengajar Jawi sekolah rendah; 2) Mengenal pasti tahap Pengetahuan Pedagogi Umum guru mengajar Jawi sekolah rendah; 3) Mengenal pasti tahap Pengetahuan Pedagogi Khusus guru mengajar Jawi sekolah rendah; 4) Mengenal pasti tahap Pengetahuan Konteks guru mengajar Jawi sekolah rendah. Kajian ini berbentuk kuantitatif deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Kaedah tinjauan telah digunakan dalam kajian ini dengan sampel adalah seramai 304 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar Jawi di beberapa buah sekolah rendah di Daerah Klang. Analisis deskriptif digunakan untuk mencari min tahap PPIK guru Mengajar Jawi berdasarkan empat objektif kajian. Setiap min dikategorikan berdasarkan 5 tahap pengetahuan PPIK, iaitu tahap sangat tinggi, tinggi, sederhana, rendah dan sangat rendah. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati tahap PPIK guru Mengajar Jawi berada di tahap tinggi di keempat-empat objektif kajian dengan satu konstruk dalam komponen pengetahuan konteks berada di tahap sederhana. Walaupun tahap PPIK guru tidak berada di tahap sangat tinggi, namun tahap tinggi adalah mencukupi untuk guru mengajar pelajaran Jawi dengan baik. Namun usaha untuk meningkatkan tahap PPIK guru mengajar Jawi perlu diteruskan supaya guru dibekalkan dengan tahap PPIK yang sangat tinggi untuk guru mengajar pelajaran Jawi di tahap terbaik kepada setiap murid di sekolah.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 139 |
Call Number: | LB1028.3.H397 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108340+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.37 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.