Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459896
Title: Kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah menengah tingkatan empat Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan Teknologi (MITS) di negeri Selangor
Authors: Abdulrahman Abdulkarim Alosman (P69665)
Keywords: Arabic language -- Study and teaching
Arabic language -- Grammar -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Jul-2017
Description: Terdapat beberapa kajian menunjukkan kelemahan sistem pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab terutama dalam aspek pertuturan dalam masyarakat Melayu. Kajian ini dijalankan kepada pelajar tingkatan empat Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan Teknologi (MITS) bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran bertutur Bahasa Arab, kelemahan pembelajaranya dan cara mengatasinya. Objektif kajian ini untuk menentukan tahap kemahiran bertutur Bahasa Arab, mengenalpasti beberapa faktor yang memberi kesan terhadap kemahiran bertutur iaitu silibus, metod pengajaran dan persekitaran pembelajaran Bahasa Arab. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan di antara tahap kemahiran bertutur pelajar lelaki dengan pelajar perempuan di dalam kelas. Rekabentuk kajian menggunakan metod kajian deskriptif terhadap 120 orang pelajar yang telah dipilih secara rawak. Instrumen kajian terdiri daripada ujian kemahiran bertutur Bahasa Arab, soal-selidik serta protokol temu bual. Seramai 120 orang pelajar dan 6 orang guru Bahasa Arab telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Set ujian dan soal selidik telah disahkan oleh beberapa orang pakar yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Bahasa Arab. Ujian kemahiran bertutur secara lisan telah dijalankan kepada pelajar dalam jangka masa satu minggu. Data empirikal kajian telah dianalisis menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan purata markah dan peratus tahap kemahiran bertutur pelajar lelaki MITS-Jugra adalah 17.91 (71.64%) sementara pelajar perempuan adalah 16.04 (64.16%). Manakala purata markah dan peratus bagi pelajar lelaki MITS-Klang adalah 17.25 (69.00%) dan pelajar perempuan adalah 17.08 (68.32%). Dapatan ini menunjukkan bahawa hanya pelajar lelaki MITS-Jugra menepati tahap standard kepiawaian kemahiran bertutur Bahasa Arab (71.64%). Ujian–t bagi pencapaian kemahiran bertutur antara pelajar MITS-Jugra dengan pelajar MITS-Klang menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan kesan di antara ketiga-tiga faktor terhadap kemahiran bertutur Bahasa Arab berdasarkan analisis temu bual. Faktor persekitaran pembelajaran dikatakan memainkan peranan yang penting dalam membantu pembelajaran pertuturan Bahasa Arab jika dibandingkan kepada faktor-faktor yang lain.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 249
Call Number: PJ6123.A448 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108168+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.