Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459895
Title: Keberkesanan Modul Pengajaran dan Pembelajaran EKSTEMIT terhadap pencapaian dan pemikiran inventif dalam pembelajaran Kimia
Authors: Norhaslinda Abdul Samad (P79243)
Supervisor: Kamisah Osman, Prof. Dr.
Keywords: Chemistry -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Aug-2017
Description: Integrasi STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) merupakan inovasi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran (Pdp) Kimia dalam abad ke-21. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pengajaran dan Pembelajaran EkSTEMIT dan seterusnya menguji keberkesanannya ke atas pemupukan pemikiran inventif dan pencapaian murid dalam tajuk Elektrokimia tingkatan empat. Modul Pengajaran dan Pembelajaran EkSTEMIT telah dibangunkan dengan menyepadukan integrasi STEM, teori konstruktivisma dan konstruktionisma, Model Needham Lima Fasa dan Model Lingkaran Reka Bentuk Kreatif yang melandasi pembelajaran melalui mereka bentuk. Modul Pengajaran dan Pembelajaran EkSTEMIT diuji melalui kaedah reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra dan pasca tidak seimbang. Seramai 63 orang murid daripada empat buah sekolah luar bandar di Kuala Pilah, Negeri Sembilan terlibat dalam kajian ini dengan dua buah sekolah sebagai kumpulan rawatan dan dua buah sekolah sebagai kumpulan kawalan. Instrumen yang digunapakai dalam kajian ini adalah Ujian Pencapaian Elektrokimia dan Soal Selidik Pemikiran Inventif. Ujian Pencapaian Elektrokimia dikelaskan kepada tiga sub pencapaian iaitu soalan aras rendah, soalan aras sederhana dan soalan aras tinggi. Manakala Soal Selidik Pemikiran Inventif terdiri daripada sub domain keupayaan menyesuaikan diri dan pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, rasa ingin tahu, kreativiti, mengambil risiko dan pemikiran aras tinggi dan penaakulan. Kumpulan rawatan menjalani proses Pdp dengan menggunakan Modul Pengajaran dan Pembelajaran EkSTEMIT manakala kumpulan kawalan menjalani Pdp dengan kaedah inkuiri seperti yang disarankan dalam huraian sukatan pelajaran. Dapatan kajian telah dianalisis secara deskriptif dan diikuti dengan analisis inferensi iaitu ujian-t dan ujian MANOVA pengukuran berulang. Analisis ujian-t menunjukkan terdapat kesan utama yang signifikan antara kumpulan rawatan dan kawalan terhadap pencapaian Elektrokimia. Analisis MANOVA pengukuran berulang menunjukkan bahawa terdapat kesan utama kumpulan dan waktu ujian serta kesan interaksi antara kumpulan dan waktu ujian terhadap sub pencapaian aras sederhana dan aras tinggi. Namun begitu, tidak terdapat kesan utama bagi kumpulan dan masa pengukuran yang signifikan serta kesan interaksi antara kumpulan dan masa pengukuran yang signifikan terhadap tahap pemikiran inventif murid. Secara keseluruhannya, kajian ini mengimplikasikan bahawa Modul Pengajaran dan Pembelajaran EkSTEMIT bagi tajuk Elektrokimia di sekolah-sekolah luar bandar dapat mencetuskan peningkatan pencapaian yang tinggi. Walaupun Modul Pengajaran dan Pembelajaran EkSTEMIT tidak memberikan impak yang memberansangkan terhadap tahap pemikiran inventif, namun ia dapat memberi kesan khususnya terhadap PdP Kimia yang berinovasi dan seterusnya dapat meningkatkan minat terhadap mata pelajaran Kimia dalam kalangan murid.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 230
Call Number: QD40.N667 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108167+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.