Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459893
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Aliza Alias, Dr. | |
dc.contributor.author | Syariza Hani Hj. Shair (P71594) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:34:24Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:34:24Z | - |
dc.date.issued | 2019-03-13 | |
dc.identifier.other | ukmvital:107605 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459893 | - |
dc.description | Dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Awal di prasekolah, penerokaan dan penemuan dunia di persekitaran kanak-kanak merupakan asas kepada perkembangan pembelajaran sains dalam kehidupan mereka. Penerokaan dan penemuan ini dijana semasa aktiviti bermain dijalankan. Guru perlu tahu tentang kepentingan aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Awal di prasekolah kerana aktiviti bermain dapat merangsang fungsi otak yang memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak. Kajian ini dijalankan bagi menentukan pengetahuan guru terhadap aktiviti bermain dan kekangan yang dihadapi untuk menjalankan aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Awal di prasekolah. Kajian turut mengenal pasti perbezaan pengetahuan guru terhadap aktiviti bermain dan kekangan guru untuk menjalankan aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Awal di prasekolah berdasarkan umur, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar. Sampel telah diperolehi dari 100 orang guru prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di daerah Zon Bangsar/Pudu melalui soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS 24.0. Statistik deskriptif digunakan untuk menentukan profil demografi kajian dan menentukan tahap pengetahuan guru terhadap aktiviti bermain dan kekangan guru untuk menjalankan aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Awal di prasekolah. Ujian t tidak bersandar dan ujian anova satu hala digunakan untuk mengenal pasti perbezaan pengetahuan guru dan kekangan yang dihadapi. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan guru terhadap aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Awal di prasekolah berada pada tahap tinggi. Manakala kekangan guru untuk menjalankan aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Awal di prasekolah berada pada tahap sederhana. Hasil ujian Manova dan ujian t tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan guru terhadap aktiviti bermain dari segi kemahiran Sains Awal, kepentingan aktiviti bermain dan peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Awal di prasekolah berdasarkan umur, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar. Oleh kerana aktiviti bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak, maka guru seharusnya mengintegrasikan aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Awal di prasekolah. Kebijaksanaan guru dalam merancang strategi menangani setiap kekangan sudah pasti akan memberi impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Awal di prasekolah.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pengajaran dan pembelajaran | |
dc.subject | Permainan | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengetahuan guru dan kekangan yang dihadapi untuk menjalankan aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Awal di prasekolah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 102 | |
dc.identifier.barcode | 003536(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_107605+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.32 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.