Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459891
Title: Dorongan persekitaran sosial, kecenderungan dan motif penglibatan belia pelbagai etnik dalam aktiviti sukarelawan berstruktur
Authors: Nur Asyirah Izzati Lut Ahmad (P87002)
Supervisor: Abdul Razak Ahmad, Prof. Dato’ Dr.
Keywords: Volunteers
Volunteers -- Management
Voluntarism -- Malaysia
Youth -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Sep-2018
Description: Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dorongan persekitaran sosial, kecenderungan dan motif penglibatan belia dalam aktiviti sukarelawan berstruktur.Dorongan persekitaran sosial adalah merujuk kepada dorongan persekitaran keluarga, rakan sebaya, komuniti setempat dan komuniti maya. Bagi aspek kecenderungan pula adalah berkaitan dengan kesukanan dan rekreasi, komuniti dan kemasyarakatan. Manakala, motif pula adalah berkaitan dengan aspek nilai, kerjaya, dan sosial. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik yang melibatkan 800 orang responden daripada belia pelbagai etnik yang dipilih secara rawak mudah dalam program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Hasil kajian rintis bagi keseluruhan item dalam kesemua konstruk menggunakan analisis Alpha Cronbach berada di tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.85 hingga 0.92. Data dianalisis menggunakan SPSS 23.0 yang meliputi analisis deskriptif (min dan sisihan piawai) dan inferensi (MANOVA dan regrasi). Hasil kajian menunjukan aspek dorongan persekitaran sosial, kecenderungan dan motif penglibatan dalam aktiviti sukarelawan berstruktur dalam kalangan belia pelbagai etnik secara keseluruhannya berada di tahap yang sederhana tinggi. Manakala, analisis MANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan aspek dorongan persekitaran sosial, kecenderungan dan motif penglibatan dalam aktiviti sukarelawan berstruktur berdasarkan jantina dan etnik. Manakala, analisis regrasi pula menunjukkan terdapat sumbangan yang signifikan aspek dorongan persekitaran sosial, kecenderungan terhadap motif penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan berstruktur dalam kalangan belia pelbagai etnik. Implikasi kajian menunjukkan pelbagai pendekatan dan usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak dalam meningkatkan penyertaan belia pelbagai etnik dalam aktiviti kesukarelawanan berstruktur kerana ianya boleh membantu meningkatkan jati diri dalam kalangan belia pelbagai etnik di Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 122
Call Number: HN49.V64N837 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105314+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.