Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459890
Title: | Efikasi kendiri, kematangan kerjaya dan tingkahlaku pemilihan kerjaya keusahawanan pelajar Ekonomi Tingkatan Enam |
Authors: | Norafza Abd Rashid (P73697) |
Supervisor: | Nor Aishah Buang, Prof. Dr. |
Keywords: | New business enterprises -- Management Entrepreneurship -- Psychological aspects Job satisfaction Career development Job enrichment Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 23-Jan-2018 |
Description: | Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri kerjaya, tahap kematangan kerjaya domain sikap dan tahap tingkahlaku pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar pra universiti atau lebih dikenali sebagai pelajar Tingkatan Enam. Seramai 148 orang pelajar pra universiti, semester tiga yang mengambil subjek Ekonomi STPM di lima buah sekolah di Daerah Kajang telah dipilih sebagai sampel daripada keseluruhan populasi kajian. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara efikasi kendiri kerjaya dan kematangan kerjaya domain sikap dengan tingkahlaku pemilihan kerjaya keusahawanan pelajar. Namun kekuatan hubungan tersebut masing-maisng berada pada tahap lemah. Dapatan kajian juga menunjukkan sumbangan yang signifikan efikasi kendiri terhadap tingkahlaku pemilihan kerjaya keusahawanan pelajar. Manakala kematangan kerjaya domain sikap tidak menyumbang kepada tingkahlaku pemilihan kerjaya keusahawanan pelajar. Dapatan kajian ini memberikan implikasi bahawa pelajar tingkatan enam masih berada di tahap sederhana tentang tahap efikasi kendiri kerjaya atau tahap kepercayaan dan keyakinan di dalam diri mereka tentang kebolehan. kemahiran atau keupayaan mereka dalam melakukan sesuatu tugasan. Tahap kematangan kerjaya atau tahap pengetahuan mereka tentang kerjaya yang akan mereka ceburi nanti dan juga pemilihan kerjaya sebagai usahawan juga berada pada tahap sederhana. Implikasi kajian diperlihat ke atas perlunya mereka ini di bimbing dengan program merancang kerjaya dan juga program pembangunan keusahawanan yang dapat membuka minda mereka supaya lebih jelas tentang masa depan mereka. Dalam konteks kajian ini, pelajar tingkatan enam yang telah mempelajari subjek ekonomi haruslah didorong untuk merancang kerjaya seterusnya digalakkan untuk memilih kerjaya sebagai usahawan yang lebih berdaya saing.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 93 |
Call Number: | HB615.N628 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_105313+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.34 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.