Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459888
Title: Pembangunan pusat sumber sekolah maya dan penerimaannya dalam kalangan guru-guru luar bandar
Authors: Rabaya Muhamad (P74924)
Supervisor: Norazah Mohd Nordin, Prof. Dato’ Dr.
Keywords: School libraries -- Information technology
Internet in school libraries
Library Web sites
Digital libraries
Libraries -- Special collections -- Computer network resources
Rural schools -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Apr-2018
Description: Pusat Sumber Sekolah Maya adalah perpustakaan digital yang merupakan repositori bagi menyediakan informasi yang berasaskan elektronik dan bahan pengajaran dalam bentuk digital yang boleh disimpan dan diakses. Persekitaran pembelajaran berasaskan Web 2.0 dilihat dapat menyokong aktiviti pengajaran guru khususnya guru-guru di sekolah luar bandar. Kekangan dari segi masa, bebanan tugas pengurusan selain tugasan hakiki dan kesukaran mendapatkan bahan media yang bersesuaian merupakan halangan kepada mereka untuk melaksanakan pendekatan pengajaran yang lebih efektif sejajar dengan perkembangan teknologi dalam talian yang sedang pesat berkembang. Kajian ini adalah untuk membangunkan prototaip Pusat Sumber Sekolah Maya dan menilai tahap penerimaan Pusat Sumber Sekolah Maya dalam kalangan guru luar bandar. Guru luar bandar mendapati bahawa proses pengajaran menggunakan bahan daripada Pusat Sumber Sekolah Maya adalah menarik, bermanfaat dan meningkatkan keterlibatan ramai penggunaannya. Model ADDIE digunakan dalam kajian pembangunan dan Model UTAUT (Unified Theory of Acceptance and Use of Technology) digunakan dalam tinjauan yang dijalankan ke atas 34 orang guru yang mengajar di sekolah luar bandar di Negeri Sembilan. Dapatan hasil kajian menunjukkan kesemua nilai skor min yang tinggi bagi tahap penerimaan Pusat Sumber Sekolah Maya . Ini membuktikan bahawa guru-guru luar bandar dapat menerima, menggunakan dan mempunyai niat di tahap yang tinggi terhadap Pusat Sumber Sekolah Maya yang berasaskan teknologi Web 2.0. Justeru itu, penggunaan Pusat Sumber Sekolah Maya dalam pengajaran dan pembelajaran banyak memberikan implikasi positif khususnya kepada guru-guru luar bandar dan Kementerian Pendidikan Malaysia serta pengkaji-pengkaji dalam membangunkan dimensi persekitaran pembelajaran alaf baru yang lebih mencabar. Cadangan kajian masa depan agar Pusat Sumber Sekolah Maya dapat dibangunkan bagi memenuhi keperluan dan harapan pendidikan masa kini yang memerlukan transformasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik dan kreatif bersesuaian dengan teknologi semasa.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 116
Call Number: Z675.S3R333 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105311+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.