Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459884
Title: Pencapaian akademik dan interaksi sosial murid implan koklea dalam pendidikan inklusif
Authors: Zarina Abd Aziz (P73717)
Supervisor: Aliza Alias, Dr.
Keywords: Academic achievement
Issue Date: 15-Jan-2018
Description: Kajian ini bertujuan mengenal pasti pencapaian akademik dan interaksi sosial seorang murid implan koklea dalam pendidikan inklusif di sebuah sekolah di Selangor. Dari aspek pencapaian akademik, kajian ini mengenal pasti prestasi dalam peperiksaan dan kebolehan membaca manakala aspek interaksi sosial pula mengenal pasti interaksi sosial yang berlaku antara murid implan koklea dengan individu di persekitarannya. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen untuk mengumpul data. Hasil dari temu bual ke atas seorang guru mata pelajaran, ibu dan kawan rapat kepada murid implan koklea telah dianalisis, dikod dan dikategorikan dengan menggunakan perisian Atlas ti. Dapatan kajian menunjukkan murid implan koklea ini boleh menguasai kemahiran membaca dan tahap pencapaian dalam peperiksaan adalah lebih tinggi dari purata pencapaian dalam kelas. Dari aspek interaksi sosial pula didapati bahawa murid implan koklea berinteraksi dengan aktif sama ada di sekolah mahupun di rumah. Murid implan koklea ini mampu berinteraksi dengan individu dalam persekitaran sekolah, memberi tindak balas apabila menerima arahan dan aktiviti kumpulan, mempunyai kawan baik pendengaran, dan terlibat dalam aktiviti bermain. Sementara interaksi sosial di rumah pula, melibatkan interaksi dengan ahli keluarga, aktiviti bermain serta boleh memberi tindak balas apabila menerima arahan. Pencapaian akademik dan interaksi sosial ini adalah disebabkan oleh faktor latar belakang murid implan koklea, komitmen ibu bapa dalam rehabilitasi dan pendidikan anak di sekolah, mod komunikasi yang digunakan serta strategi dan pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah. Persekitaran pendidikan inklusif memberi kesan positif yang merangsang kemahiran mendengar, bertutur dan berbahasa murid implan koklea untuk lebih aktif berinteraksi sehingga mampu bersaing dengan rakan pendengaran lain.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 170
Call Number: LB1062.6.Z357 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103686+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.