Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459881
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Mahzan Awang, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mainur Hasnah Meor Ariffin (P79187) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:34:11Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:34:11Z | - |
dc.date.issued | 2018-09-18 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:103685 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459881 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk meninjau perspektif pelajar terhadap amalan strategi motivasi dalam pengajaran sejarah yang digunakan oleh guru dalam meningkatkan kefahaman serta sikap dalam subjek Sejarah. Amalan strategi motivasi dalam kajian ini berasaskan model ACRS (Keller, 1999) yang mengandungi empat komponen utama iaitu perhatian pelajar, relevan, keyajinan dan kepuasan. Manakala sikap pelajar pula melibatkan tiga komponen sebagaimana yang dicadangkan oleh Hunt (2007) iaitu penglibatan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah, komitmen belajar, serta insiatif lanjutan. Kefahaman pelajar pula adalah berasaskan kandungan kurikulum Sejarah tingkatan 4. Kajian ini mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan aspek-aspek tersebut berdasarkan jantina dan etnik. Kajian ini turut mengkaji hubungan antara amalan strategi guru Sejarah dengan kefahaman isi kandungan Sejarah dalam kalangan pelajar. Kajian ini juga meneliti hubungan antara strategi motivasi guru Sejarah dengan sikap pelajar terhadap subjek Sejarah. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada kajian lampau. Hasil kajian rintis menunjukkan tahap kebolehpercayaan kesemua konstruk berdasarkan analisis Cronbach Alpha adalah berada di tahap kebolehpercayaan yang tinggi di antara 0.772 hingga 0.914. Pemilihan sampel dibuat secara rawak berstrata dengan mengambilkira lokasi, jantina dan etnik. Bilangan sampel adalah seramai 344 orang pelajar yang terdiri daripada etnik Melayu, Cina dan India. Analisis data menggunakan perisian SPSS 23.0 dengan memfokuskan kepada analisis deskriptif (min dan sisihan piawai) manakala analisis inferensi menggunakan MANOVA dua hala dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan strategi pengajaran guru sejarah berada pada tahap sederhana tinggi dengan Strategi berteraskan kepuasan adalah yang paling kerap dikendalikan guru. Hasil dapatan kajian menunjukkan kefahaman isi kandungan Sejarah dan juga sikap terhadap subjek Sejarah berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil analiais daripada ujian MANOVA dua hala menunjukkan bahawa tidak terdapat berbezaan yang signifikan aspek-aspek amalan motivasi, kefahaman isi kandungan serta sikap pelajar berdasarkan jantina dan etnik. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan stratagei guru dengan kefahaman pelajar dalam mata pelajar Sejarah. Namun hubungannya adalah lemah. Ini menunjukkan bahawa penggunaan strategi motivasi secara sedar dan terancang perlu dilakukan guru dalam usaha meningkatkan kefahaman pelajar. Begitu hasil análisis korelasi juga menunjukkan teradapat hubungan yang lemah antara strategi motivasi dengan sikap pelajar terhadap subjek Sejarah. Implikasi kajian mendapati bahawa kepelbagaian dalam amalan strategi motivasi perlu diusakan secara komprehensif dan berterusan perlu dilakukan oleh guru dan disokong Kementerian Pendidikan Malaysia. Keadaan ini adalah bagi meningkatkan persekitaran pembelajaran dua hala antara pelajar dengan guru bagi memastikan keberkesanan pembelajaran Sejarah di peringkat sekolah.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | History teachers -- Training of | - |
dc.title | Strategi motivasi pengajaran guru untuk meningkatkan kefahaman dan sikap pelajar dalam subjek Sejarah | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 101 | - |
dc.identifier.callno | D16.2.M335 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003633(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_103685+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.91 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.