Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459880
Title: Gaya pembelajaran, kemahiran berfikir dan pencapaian pelajar di universiti awam (UA) di Selangor
Authors: Puteri Aini Megat Yusop (P66481)
Supervisor: Abdul Razaq Ahmad, Prof. Madya Dato’ Dr.
Keywords: College students -- Malaysia -- Conduct of life
Issue Date: 5-Oct-2016
Description: Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran dan kemahiran berfikir serta hubungannya dengan pencapaian pelajar di universiti awam.Gaya pembelajaran yang dikaji adalah berkaitan dengan empat aspek utama iaitu Aktivis, Reflektor Teoris dan Pragmatis. Bagi kemahiran berfikir pula adalah berkaitan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Pencapaian pelajar pula adalah berdasarkan keputusan CGPA peperiksaan semester akhir pelajar. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan instrumens soal selidik yang melibatkan seramai 360 sampel yang dipilih secara rawak bagi pelajar tahundua dan tiga di salah sebuah universiti awam. Hasil kajian rintis berdasarkan Cronbach Alpha keseluruhan konstruk berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu antara 0.75 hingga 0.88. analisis data yang digunakan adalah deskriptif iaitu min dan sisihan piawai, manakala infrensi pula melibatkan ujian-t , ANOVA dan Kolerasi Pearson dengan menggunakan SPSS 19. Hasil kajian menunjukkan tahap gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar IPTA adalah tinggi . Tahap KBKK dalam kalangan pelajar juga adalah tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dan KBKK dalam kalangan pelajar IPTA berdasarkan jantina dan etnik. Analisis kolerasi pula menunjukkan tiada hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Implikasi kajian mendapati bahawa pembelajaran kendiri perlu dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kearah meningkatkan kemahiran berfikir dan pencapaian pelajar di IPT.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 122
Call Number: LB2343.34.M4P848 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100692+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
156.74 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.