Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459879
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Mahzan Awang, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | S. Azman Ligun (P73831) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:34:09Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:34:09Z | - |
dc.date.issued | 2017-08-18 | |
dc.identifier.other | ukmvital:100691 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459879 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan pembelajaran sejarah menerusi penyertaan dalam aktiviti Treasure Hunt di Muzium Negara ke atas empati sejarah dari perspektif pelajar sekolah menengah. Kajian ini juga ingin melihat apakah jenis aktiviti dalam aktiviti Treasure Hunt yang mempengaruhi empati sejarah. Treasure Hunt Muzium Negara merupakan satu pakej aktiviti pembelajaran sejarah yang merangkumi empat bentuk aktiviti iaitu aktiviti kreatif, aktiviti kognitif, aktiviti fizikal, dan aktiviti sosial. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan lima belas orang pelajar tingkatan empat yang dipilih dari tiga buah sekolah yang berbeza sebagai responden kajian yang dipilih secara bertujuan (purposive sampling). Kajian ini menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu temu bual, pemerhatian dan semakan dokumen. Instrumen kajian pula ialah protokol temu bual yang melibatkan soalan separa struktur, senarai semak pemerhatian, dan skema penilaian hasil tugasan responden kajian. Bagi data temu bual, data dipindahkan ke dalam bentuk transkrip dan setiap transkrip temu bual yang telah dilengkapkan diberikan kod indeks. Data temu bual yang telah dianalisis ditentukan kepada tema-tema yang terdiri daripada enam komponen nilai dalam empati sejarah. Data pemerhatian pula dipindahkan ke dalam bentuk jadual untuk melihat kekerapan berlakunya setiap item yang diperhatikan di setiap aktiviti. Hasil tugasan pelajar pula dinilai menggunakan julat sangat baik, baik, sederhana, dan lemah. Dapatan temu bual menunjukkan pembelajaran Sejarah melalui penyertaan aktiviti Treasure Hunt di Muzium Negara memberikan kesan kepada enam komponen nilai empati sejarah iaitu memahami dan menjelaskan tindakan manusia pada masa lalu, penghormatan dan kepekaan terhadap tindakan manusia pada masa lalu, pengiktirafan dalaman terhadap masa lalu, penghargaan terhadap konteks dan kronologi peristiwa sejarah, penghargaan terhadap tindakan manusia yang kompleks, dan mensyukuri dan menghargai tindakan manusia pada masa lalu dari perspektif pelajar sekolah menengah. Sementara dapatan pemerhatian dan semakan dokumen menunjukkan aktiviti yang paling mempengaruhi empati sejarah adalah aktiviti sosial, aktiviti fizikal, dan aktiviti kreatif.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Treasure hunt (Game) | |
dc.title | Kesan pembelajaran sejarah melalui penyertaan dalam aktiviti Treasure Hunt di Muzium Negara terhadap empati sejarah dari perspektif pelajar sekolah menengah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 119 | |
dc.identifier.callno | D16.2.S233 2017 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100691+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 222.38 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.