Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459878
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDenise Koh Choon Lian, Dr.
dc.contributor.authorFarhah Hanun Ngah (P73850)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:34:08Z-
dc.date.available2023-09-13T09:34:08Z-
dc.date.issued2017-12-10
dc.identifier.otherukmvital:100690
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459878-
dc.descriptionMalaysia menuju ke arah penduduk yang lebih tua oleh itu, kualiti hidup dalam kalangan warga emas menjadi penting di Malaysia. Walau bagaimanapun penyelidikan mengenai kualiti hidup dalam kalangan warga emas masih kurang di Malaysia. Kajian mengenai kualiti hidup penting dalam meningkatkan penuaan sihat, penuaan aktif, jangka hayat dan mengurangkan risiko penyakit kronik dalam kalangan warga emas. Objektif pertama dalam kajian ini ialah mengenal pasti tahap kualiti hidup dan aktiviti fizikal dalam kalangan warga emas. Objektif kedua ialah menguji hubungan antara kualiti hidup dan aktiviti fizikal dalam kalangan warga emas. Sampel terdiri 100 orang warga emas yang tinggal di Kajang, Selangor. Kualiti hidup diukur dengan menggunakan “Older People Quality of Life” (OPQOL) manakala aktiviti fizikal diukur menggunakan “Rapid Assessment of Physical Activity” (RAPA). Kajian menunjukkan tahap aktiviti fizikal dan kualiti hidup masih ditahap yang rendah. Ini menunjukkan penglibatan aktiviti fizikal mempengaruhi tahap kualiti hidup. Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan antara kualiti hidup dan aktiviti fizikal yang terdiri daripada aspek kesihatan, hubungan sosial, rumah dan kejiranan, psikologi dan kesejahteraan emosi dan kegiatan dan aktiviti waktu lapang. Kajian ini melaporkan bahawa kualiti hidup dan aktiviti fizikal masih berada ditahap yang rendah. Ini menunjukkan penglibatan aktiviti fizikal mempengaruhi tahap kualiti hidup. Dapatan kajian ini juga memberi kesan kepada kefahaman dan kepentingan kajian mengenai kualiti hidup dan aktiviti fizikal dalam kalangan warga emas di Malaysia. Dengan meningkatkan aktiviti fizikal ini mungkin dapat meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan warga emas. Oleh itu, program-program yang mensasarkan kesejahteraan hidup warga emas perlu diperbanyakkan termasuk aktiviti fizikal dalam meningkatkan gaya hidup yang sihat dan penuaan yang aktif.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectQuality of life
dc.titleKualiti hidup dan aktiviti fizikal dalam kalangan warga emas
dc.typetheses
dc.format.pages113
dc.identifier.callnoHN25.F337 2017 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100690+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
236.48 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.