Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459872
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norizah @ Norazah Mohd Nordin, Prof. Dato’ Dr. | |
dc.contributor.author | Yefrizal Nadzir (P79860) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:34:02Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:34:02Z | - |
dc.date.issued | 2018-01-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:100684 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459872 | - |
dc.description | Meningkatkan tahap pengekalan pelajar merupakan isu kritikal dalam kejayaan pelaksanaan Massive Open Online Course (MOOC). Kajian ini bertujuan untuk membina kluster pelajar yang boleh menggambarkan tahap penglibatan pelajar dalam MOOC Kesepaduan dan Hubungan Etnik (KKHE). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri video pengajaran yang mampu untuk meningkatkan tahap pengekalan pelajar dalam MOOC KKHE. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan model penggalian data Cross Industry Standard Process – Data mining (CRISP-DM). Sampel kajian terdiri daripada 11,175 pelajar kohort keempat MOOC KKHE pada semester 2 sesi pembelajaran 2015 / 2016. Data telah dianalisis menggunaan model analisis kluster bagi menentukan tahap penglibatan pelajar. Selain itu, analisis regresi berganda dijalankan bagi mengenalpasti ciri-ciri video yang memberi sumbangan kepada tahap penglibatan pelajar dalam MOOC KKHE. Dapatan kajian menunjukkan 58.07% pelajar berada dalam kluster tahap penglibatan Cuba Uji, 30.81% dalam kluster Cicir, 2.28% dalam kluster Audit dan 8.84% dalam kluster Lengkap. Dapatan kajian juga menunjukkan kesemua jenis dan durasi video pengajaran mempengaruhi tahap penglibatan pelajar dalam MOOC KKHE. Untuk ciri video berdasarkan jenis, video pengajaran Wawancara merupakan jenis video yang memberikan sumbangan terbesar manakala video pengajaran Lakonan adalah yang terkecil. Sementara itu, ciri video berdasarkan durasi pula, video pengajaran yang berdurasi di antara 3 hingga 6 minit memberikan sumbangan terbesar manakala video yang berdurasi 0 hingga 3 minit adalah durasi yang memberi sumbangan terkecil terhadap tahap penglibatan pelajar dalam MOOC KKHE. Kajian ini memberi input penting kepada pensyarah dan pembina MOOC di institusi pengajian tinggi di Malaysia bagi merekabentuk dan melaksanakan MOOC yang dapat meningkatkan tahap penglibatan pelajar dan seterusnya memastikan kejayaan pelaksanaan MOOC di institusi pengajian tinggi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia –Pengajian Tinggi 2015 – 2025. Sebagai kesinambungan, adalah dicadangkan satu kajian tentang pembangunan MOOC yang beridentitikan Malaysia dan memenuhi keperluan pendidikan secara global.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | MOOCs (Web-based instruction) | |
dc.title | Video pengajaran sebagai medium instruksional Massive Open Online Course (MOOC) | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 180 | |
dc.identifier.callno | LB1044.87.Y434 2018 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100684+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.03 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.