Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459869
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Isa Hamzah, Dr. | |
dc.contributor.author | Ruaidi Mustapha (P71522) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:33:58Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:33:58Z | - |
dc.date.issued | 2017-08-21 | |
dc.identifier.other | ukmvital:100682 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459869 | - |
dc.description | Kompetensi guru-guru Pendidikan Islam dalam pengajaran al-Quran merupakan antara elemen penting yang menjadi asas pemupukan budaya al-Quran dalam kalangan pelajar di peringkat rendah. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengkaji kompetensi pengajaran kemahiran bertarannum al-Quran dalm kalangan guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Negeri Melaka. Kompetensi guru-guru Pendidikan Islam yang dinilai dalam kajian ini dilihat dari aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan pengajaran dalam pengajaran bertarannum. Kajian ini melibatkan 132 orang guru-guru Pendidikan Islam yang mengajar kemahiran bertarannum di 3 daerah negeri Melaka iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan data kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min data. Dapatan kajian menunjukkan kompetensi guru-guru Pendidikan Islam dalam pengetahuan teori, kemahiran tarannum berada pada tahap sederhana namun tahap kompetensi guru dalam amalan pengajaran berada pada tahap tinggi. Secara keseluruhannya kompetensi guru-guru Pendidikan Islam berada pada tahap sederhana. Kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi GPI berdasarkan pengetahuan, kemahiran tarannum dan amalan pengajaran mengikut jantina. Didapati juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kompetensi guru-guru Pendidikan Islam dalam pengajaran tarannum berdasarkan ikhtisas. Selain itu ujian korelasi yang dijalankan menunjukkan kekuatan nilai adalah positif sederhana di mana semakin tinggi tahap kemahiran guru-guru Pendidikan Islam bertarannum, semakin tinggi kemahiran mereka dalam pengajaran kemahiran bertarannum. Berdasarkan dapatan kajian ini guru perlu mempertingkatkan penguasaan terhadap pengetahuan dan kemahiran ilmu tarannum yang menjadi asas kepada pengajaran tarannum yang berkesan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Teacher effectiveness | |
dc.title | Kompetensi pengajaran kemahiran bertarannum al-Quran dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam sekolah kebangsaan negeri Melaka | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 159 | |
dc.identifier.callno | LB2838.R833 2017 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100682+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 522.89 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.