Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459868
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZolkepeli Haron
dc.contributor.authorJuliana Mohd Janjang (P79001)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:57Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:57Z-
dc.date.issued2017-08-10
dc.identifier.otherukmvital:100681
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459868-
dc.descriptionKemahiran berfikir reflektif merupakan satu aspek penting dalam menghadapi pembelajaran abad ke-21 serta menjadi keutamaan dalam memartabatkan profesion perguruan. Kajian terdahulu mendapati bahawa pemikiran reflektif boleh ditingkatkan menerusi penyelidikan tindakan. Maka, kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen Reflective Thinking Questionnaire (RTQ) seterusnya membuat pengukuran tahap pemikiran reflektif menggunakan Model Pengukuran Rasch (MPR) melalui aplikasi Winsteps 3.73.0. Instrumen RTQ mempunyai 16 item telah ditadbirkan kepada 322 orang guru pelatih yang mengikuti kursus Penyelidikan Tindakan di IPG Zon Tengah. Namun, hanya respons 303 orang responden layak diambil kira untuk dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua item mempunyai nilai infit MNSQ dan outfit MNSQ dalam julat yang diterima (0.5 - 1.5). Ukuran kesukaran item mendapati tiada kewujudan lompang yang besar. Dapatan empirikal analisis komponen utama menunjukkan nilai peratusan varians mentah dijelaskan (43.2%) adalah mencukupi sifat unidimensi dan menunjukkan item-item tersebut mempunyai keseragaman yang baik bagi mengukur tahap pemikiran reflektif. Kebolehpercayaan individu (0.84) dan item (0.98) juga adalah diterima dengan indeks pengasingan individu (2.31) dan item (7.67) yang mana mampu membezakan tahap kebolehan responden serta dapat mengesahkan hierarki kesukaran item. Justeru, hasil kajian menunjukkan MPR telah menambah baik instrumen seterusnya merumuskan bahawa instrumen ini sah dan boleh dipercayai untuk diguna pakai bagi mengukur tahap pemikiran reflektif. Hasil pengukuran tahap pemikiran reflektif guru pelatih sepanjang mengikuti kursus Penyelidikan Tindakan menunjukkan majoriti responden berfikiran reflektif yang tinggi kerana telah menguasai tahap refleksi dan refleksi kritikal dalam pemikiran reflektif. Kesimpulannya, kajian ini telah memberikan implikasi yang baik kepada bidang pengukuran dengan mengambil kira analisis item melalui TRI sebagai melengkapi TUK sedia ada.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectTeachers -- Training of -- Malaysia
dc.titleKesahan, kebolehpercayaan instrumen Reflective Thinking Questionnaire (RTQ) dan pengukuran tahap pemikiran reflektif dalam kalangan guru pelatih IPG
dc.typetheses
dc.format.pages123
dc.identifier.callnoLB2157.M4J838 2017 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100681+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
336.27 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.