Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459867
Title: Keberkesanan kaedah peta pemikiran (i-Think) terhadap kemahiran metakognisi dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Ekonomi Asas
Authors: Lee Yoke Hong (P78995)
Supervisor: Muhammad Hussin, Prof. Madya Datuk Dr.
Keywords: Thought and thinking
Issue Date: 24-Jun-2017
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan kaedah peta pemikiran (i-Think) dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap kemahiran metakognisi dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Ekonomi Asas tingkatan empat. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti perbezaan pencapaian dan tahap kemahiran metakognisi dalam kalangan murid berdasarkan faktor demografi selepas kaedah peta pemikiran diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Ekonomi Asas. Reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan 61 orang murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Ekonomi Asas di sebuah sekolah menengah kebangsaan di daerah Tampin, Negeri Sembilan digunakan dalam kajian ini. Responden kajian ini dibahagikan kepada kumpulan rawatan (31 orang) dan kumpulan kawalan (30 orang). Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pencapaian pra dan pos dan soal selidik. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 22.0 dalam bentuk statistik deskriptif dan statistik inferensi yang melibatkan ujian t tidak bersandar dan ANOVA satu hala. Kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach Alpha (α) bagi item soal selidik berada pada tahap yang tinggi (α= 0.930). Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi turut menunjukkan item ujian pencapaian pra dan pos sesuai digunakan untuk tujuan penyelidikan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan (p<0.05) antara murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa kaedah peta pemikiran menyumbang kepada pencapaian murid kumpulan rawatan selepas proses pengajaran dan pembelajaran Ekonomi Asas. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min tahap kemahiran metakognisi yang signifikan (p<0.05) antara murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan, dapatan skor min kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Dari segi demografi, didapati tidak terdapat perbezaan min pencapaian dan tahap kemahiran metakognisi yang signifikan kumpulan rawatan berdasarkan jantina (p>0.05). Manakala dari segi etnik, didapati terdapat perbezaan pencapaian murid kumpulan rawatan berdasarkan etnik tetapi perbezaan ini hanya signifikan pada paras p<0.05 antara murid Melayu dengan murid Cina sahaja. Analisis Anova satu hala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kemahiran metakognisi yang signifikan murid kumpulan rawatan berdasarkan etnik. Umumnya, dapatan kajian ini menunjukkan peta pemikiran merupakan kaedah yang efektif dalam membantu meningkatkan kemahiran metakognisi dan pencapaian murid dalam pembelajaran Ekonomi Asas.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 240
Call Number: LB1590.3.H643 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100680+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
557.89 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.