Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459863
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAnuar Ahmad, Dr.
dc.contributor.authorKhairunnisa Abd Hamid (P79214)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:53Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:53Z-
dc.date.issued2018-02-20
dc.identifier.otherukmvital:100676
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459863-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk melihat persepsi guru-guru Sejarah di sekolah menengah Daerah Hulu Langat berkaitan dengan pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PIK). Seramai 220 orang guru Sejarah terlibat di 20 buah sekolah telah dipillih sebagai sampel bagi mewakili guru-guru Sejarah di sekitar Daerah Hulu Langat. Kajian ini berbentuk tinjauan dan menggunakan borang soal selidik sebagai alat instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Science Social (SPSS) Versi 22.0 untuk pemerihalan data Deskriptif dan Inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Statistik Inferensi melibatkan Ujian Korelasi Pearson, Ujian-t dan ANOVA sehala bagi menjawab semua hipotesis kajian. Dapatan kajian terhadap Tahap Pengetahuan Pedagogi, Tahap Pengetahuan Isi Kandungan dan Tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PIK) guru Sejarah di Daerah Hulu Langat masing-masing berada pada tahap tinggi. Seterusnya, dapatan kajian ini menyatakan wujud perbezaan signifikan dalam pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PIK) dalam kalangan guru yang mempunyai perbezaan pengalaman mengajar, berbeza opsyen guru, dan penyertaan guru yang menghadiri kursus atau tidak menghadiri kursus. Selain itu, terdapat hubungan positif sederhana antara Pengetahuan Pedagogi dengan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PIK). Manakala terdapat hubungan positif kuat antara Pengetahuan Isi Kandungan terhadap PIK dalam kalangan guru Sejarah. Hal ini menggambarkan seseorang guru seharusnya menguasai pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PIK) dalam setiap mata pelajaran yang diajar meskipun berbeza tempoh pengalaman mengajar, berbeza opsyen mahupun yang tidak pernah menghadiri kursus yang berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah. Oleh itu, setiap guru harus sentiasa bersedia dan terus memantapkan pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PIK) terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah sekaligus meningkatkan tahap profesionalisme guru itu meskipun berbeza opsyen.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPedagogical content knowledge
dc.titleTahap pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PIK) guru Sejarah di daerah Hulu Langat
dc.typetheses
dc.format.pages97
dc.identifier.callnoLB1028.3.K483 2018 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100676+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
606.05 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.