Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459862
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Isa Hamzah, Dr.
dc.contributor.authorMohammad Amir Husain (P79764)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:52Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:52Z-
dc.date.issued2017-08-05
dc.identifier.otherukmvital:100674
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459862-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan tahap amalan KBAT serta hubungan kedua-duanya dalam kalangan guru matematik sekolah rendah. Pengetahuan KBAT dalam kajian ini mencakupi tiga aspek iaitu peranan KBAT, efikasi kendiri guru dan pendekatan pengajaran. Manakala amalan KBAT mencakupi dua aspek iaitu sikap guru dan strategi pengajaran. Kajian ini berpaksikan kepada empat objektif utama iaitu untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan amalan KBAT, kemudian menganalisis perbezaan kedua-dua pembolehubah ini berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Selain itu, hubungan antara kedua-dua pembolehubah ini juga turut menjadi tumpuan kajian. Seramai 118 orang guru matematik sekolah rendah daripada daerah Besut, Terengganu dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Pemilihan sampel dilakukan secara persampelan rawak berstrata. Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif. Instrumen kajian ini merupakan satu set soal selidik yang disediakan dalam bentuk skala Likert. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan KBAT guru matematik berada pada tahap tinggi namun begitu tahap amalan KBAT guru matematik berada pada tahap yang sederhana. Analisis ujian-t mendapati tiada perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua pemboleh ubah berdasarkan jantina. Seterusnya, analisis ujian-t bagi pemboleh ubah tahap pengetahuan KBAT berdasarkan pengalaman mengajar juga didapati tiada perbezaan yang signifikan. Namun, analisis ujian-t bagi pemboleh ubah tahap amalan KBAT berdasarkan pengalaman mengajar didapati terdapat perbezaan yang signifikan. Manakala analisis ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat antara tahap pengetahuan dan amalan KBAT. Implikasi daripada kajian ini ialah dicadangkan agar kursus pemantapan profesionalisme guru dimantapkan lagi terutamanya melibatkan strategi pengajaran KBAT bagi meningkatkan lagi tahap amalan KBAT guru matematik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectThought and thinking -- Study and teaching
dc.titleTahap pengetahuan dan amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan guru matematik sekolah rendah di daerah Besut, Terengganu
dc.typetheses
dc.format.pages127
dc.identifier.callnoLB1590.3.M838 2017 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100674+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
378.4 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.