Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459855
Title: Kajian keberkesanan kos Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (masalah pendengaran) Kementerian Pelajaran Malaysia
Authors: Ernie Noor Faizah Naim (P67594)
Supervisor: Zolkepeli Haron
Keywords: Kos
Pendidikan
Education -- Cost effectiveness
Issue Date: 5-Jan-2018
Description: Penilaian kos dalam bidang pendidikan semakin banyak dijalankan oleh pelbagai pihak yang terlibat secara langsung kerana setiap tahun melalui belanjawan yang dikeluarkan, bidang pendidikan mendapat peruntukan antara yang paling besar. Penilaian kos melibatkan beberapa jenis analisis kos yang berbeza mengikut matlamat sesuatu penilaian dilakukan iaitu analisis kos faedah, analisis kos utiliti dan analisis keberkesanan kos. Kajian analisis keberkesanan kos merujuk kepada penilaian yang mengambil kira aspek kos dan kesan pelbagai alternatif yang dicadangkan oleh Levin & McEwan, 2001. Bagi membolehkan kajian keberkesanan kos dijalankan, hanya program-program dengan matlamat yang sama serta memiliki kaedah pengukuran keberkesanan yang setara boleh dibandingkan. Dalam kajian ini, keberkesanan kos diukur dengan mengira nisbah kos unit program Sekolah Pendidikan Khas (SKPK) dengan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) (Masalah Pendengaran). Institusi yang mempunyai nilai nisbah yang terendah dijelaskan sebagai institusi yang kos efektif. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat analisis perbandingan keberkesanan kos bagi setiap murid di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dan Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran. Sampel yang terlibat adalah dari murid yang bermasalah pendengaran di tiga buah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dan lima buah Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran, guru dan ibubapa di kelompok Zon Tengah. Penyebaran soal selidik, maklumat dari Kementerian Pelajaran Malaysia serta temubual dibuat bagi mengumpul data. Penentuan maklumat kos dibuat menggunakan kedah ingredien oleh Levin, 2001 dan berpandukan Model Klasifikasi Kos oleh Tsang, 1994. Analisis data dibuat dengan mengumpul maklumat kos dan menggunakan SPSS versi 20 untuk mendapatkan unit keberkesanan yang diukur berdasarkan min penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Sesuatu program yang kos efektif menunjukkan indeks keberkesanan kos yang lebih rendah berbanding program lain. Dapatan kajian menunjukkan nilai kos per unit bagi Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas adalah sebanyak RM 60,029 dan nilai kos per unit bagi Program Pendidikan Khas Integrasi berjumlah RM 48,155. Dalam kajian ini, program yang lebih kos efektif adalah Program Pendidikan Khas Integrasi dengan indeks keberkesanan kos RM 16,605 per unit penguasaan berbanding Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dengan indeks keberkesanan kos RM 20,349 per unit penguasaan.,Sarjana Pendidikan
Pages: 157
Call Number: LC65.E766 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100022+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.