Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459851
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamri Mahamod, Prof. Dr.
dc.contributor.authorNor Hasmaliza Hasan (P69386)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:41Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:41Z-
dc.date.issued2016-03-11
dc.identifier.otherukmvital:97816
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459851-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru Bahasa Melayu sekolah menengah kebangsaan terhadap penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran, iaitu dari segi aspek pemahaman, pengetahuan, kemahiran pelaksanaan KBAT dalam pengajaran, sikap dan penilaian. Seramai 226 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di lima belas buah sekolah menengah kebangsaan daerah Kuala Terengganu telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang kaji selidik sebagai alat instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan Statistical Package For Science Social (SPSS) versi 19.0 untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Statistik inferensi melibatkan ujian Mean-Whitney U, Ujian-t dan ujian ANOVA bagi menjawab kesemua hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai purata min bagi tahap pemahaman (min = 3.35) guru Bahasa Melayu tentang KBAT berada pada tahap yang sederhana. Sementara empat aspek lagi yang dikaji, iaitu tahap pengetahuan (min = 3.58), tahap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran (min = 3.58), tahap sikap (min = 3.61) dan tahap penilaian (min = 3.56) guru Bahasa Melayu terhadap KBAT menunjukkan nilai purata min berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, dapatan kajian bagi analisis inferensi turut menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05) bagi tiga aspek, iaitu sikap guru Bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh faktor jantina manakala aspek pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang KBAT dan pelaksanaan KBAT dalam pengajaran guru Bahasa Melayu dipengaruhi oleh faktor tingkatan yang diajar. Dapatan kajian juga mendapati bahawa guru-guru Bahasa Melayu memberikan respon yang positif terhadap pelaksanaan KBAT. Oleh itu, dapatan kajian ini penting bagi melihat kesediaan dan penerimaan guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT di samping memberikan maklumat awal kepada pihak-pihak yang terlibat seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membantu guru menerapkan KBAT dalam pengajaran khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectKBAT
dc.subjectCognitive learning
dc.titlePersepsi guru Bahasa Melayu sekolah menengah kebangsaan terhadap penerapan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran
dc.typetheses
dc.format.pages180
dc.identifier.callnoLB1590.3.N636 2016 tesis
dc.identifier.barcode003005(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97816+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
426.81 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.