Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459847
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Moktar Taha
dc.contributor.authorUmar Norman (P71555)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:37Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:37Z-
dc.date.issued2016-10-31
dc.identifier.otherukmvital:97083
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459847-
dc.descriptionKajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam melaksanakan pengajaran kaedah bermain terhadap murid bermasalah pembelajaran. Penguasaan guru merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kajian juga menentukan kekangan dan cadangan penambahbaikan dari perspektif pandangan guru. Kajian dijalankan secara kuantitatif deskriptif menggunakan perisian SPSS 22.0 melibatkan 83 orang guru pendidikan khas program integrasi sekolah rendah masalah pembelajaran di daerah Kuala Langat. Berdasarkan kajian rintis, nilai pekali Alpha Cronbach kebolehpercayaan instrumen adalah 0.857. Statistik deskriptif digunakan untuk mendapat maklumat berkaitan persoalan kajian, manakala statistik inferensi iaitu Manova, kruskal wallis dan kolerasi pearson digunakan untuk menguji hipotesis. Hasil dapatan kajian secara keseluruhan mencatatkan penguasaan guru adalah (MIN=3.72, SP=0.42) kekangan pelaksanaan (MIN=3.88, SP=0.27) dan cadangan penambahbaikan pengajaran (MIN=4.41, SP=0.32). Ketiga-tiga dapatan ini berada ditahap tinggi. Analisis inferensi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan penguasaan guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap berdasarkan faktor jantina, pengalaman mengajar, bidang matapelajaran yang diajar dan kekangan pelaksanaannya. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru terhadap pengajaran kaedah bermain adalah tinggi (MIN=4.01, SP=0.53). Dapatan yang tinggi juga dicatat pada aspek sikap (MIN=3.76, SP=0.58). Namun, tahap yang sama tidak dicatatkan bagi aspek kemahiran procedural dan generik yang mencatatkan tahap sederhana (MIN=3.39, SP0.54). Keberkesanan pengajaran kaedah bermain amat bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Kelemahan salah satu daripadanya perlu diatasi agar penguasaan guru terhadap pelaksanaan pengajaran. Kaedah Bermain berada ditahap tinggi yang seterusnya menggalakkan inovasi dan kejayaan dalam perubahan pendidikan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectGuru
dc.subjectPendidikan khas integrasi
dc.subjectTeachers of the learning disabled -- Training of
dc.titleMeninjau tahap penguasaan guru pendidikan khas integrasi terhadap pengajaran kaedah bermain kepada murid masalah pembelajaran
dc.typetheses
dc.format.pages170
dc.identifier.callnoLC4704.8.U463 2017 tesis
dc.identifier.barcode002884(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97083+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
412.09 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.