Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459844
Title: | Tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah guru bukan opsyen |
Authors: | Juriah Tahir (P63947) |
Supervisor: | Anuar Ahmad |
Keywords: | Guru Kemahiran Pemikiran Sejarah Pengajaran Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 27-Oct-2016 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru bukan opsyen Sejarah di sekolah menengah harian Daerah Kota Bharu, Kelantan dari segi amalan penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS). Aspek amalan penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) yang dikaji merangkumi aspek pengetahuan berkaitan 1) kemahiran prosedural Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) 2) kemahiran pedagogi; 3) kemahiran penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan 4) sikap guru bukan opsyen Sejarah terhadap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) kepada para pelajar. Seramai 56 orang guru bukan opsyen Sejarah yang mengajar di 24 buah sekolah menengah harian Daerah Kota Bharu, Kelantan telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan menggunakan borang kaji selidik sebagai alat instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Science Social (SPSS) Versi 22.0 untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Statistik inferensi melibatkan ujian Mann-Whitney U, ANOVA sehala dan Ujian-t bagi menjawab kesemua hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) guru bukan opsyen Sejarah secara keseluruhan berada pada tahap yang tinggi. Purata min bagi tahap kemahiran prosedural Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) (min = 4.28), tahap kemahiran pedagogi (min = 3.89), tahap kemahiran penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) (min = 3.83) dan tahap sikap terhadap Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) (min = 3.93). Hasil analisis Mann-Whietney U dan ANOVA sehala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) guru bukan opsyen Sejarah berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar Sejarah. Manakala hasil analisis Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan amalan penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) guru bukan opsyen Sejarah berdasarkan pendedahan kursus latihan dalam perkhidmatan. Dapatan kajian mendapati guru-guru bukan opsyen Sejarah memberikan respon yang positif terhadap Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS). Oleh itu, dapatan kajian ini penting bagi mengenal pasti tahap amalan dan kemahiran guru bukan opsyen Sejarah terhadap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) bagi membantu guru menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam pengajaran Sejarah dengan berkesan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 184 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97080+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 602.47 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.