Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459842
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFaridah Mydin, Dr.-
dc.contributor.authorFathin Amira Lotfi Amer (P76293)-
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:33Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:33Z-
dc.date.issued2016-05-26-
dc.identifier.otherukmvital:97078-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459842-
dc.descriptionPersekitaran pembelajaran makmal yang kondusif merupakan elemen penting dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang bersifat saintifik dan progresif. Dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di makmal, satu kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti persepsi pelajar prasiswazah tentang tahap kesesuaian persekitaran pembelajaran fizikal makmal sains. Kajian ini juga mengenal pasti persepsi pelajar prasiswazah tentang persekitaran pembelajaran psikososial sebenar dan diingini dalam makmal sains. Di samping itu, kajian ini menentukan tahap kepuasan pelajar prasiswazah dalam pengajaran dan pembelajaran makmal. Kajian ini juga mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara aspek-aspek persekitaran fizikal, aspek-aspek persekitaran psikososial dan tahap kepuasan dalam makmal sains. Kajian ini melibatkan 300 orang pelajar prasiswazah Fakulti Sains dan Teknologi di sebuah universiti. Aspek persekitaran pembelajaran fizikal ditentukan menggunakan Inventori Persekitaran Fizikal Makmal Sains (IPFMS), aspek persekitaran pembelajaran psikososial pula ditentukan menggunakan Science Laboratory Environment Inventory (SLEI) manakala tahap kepuasan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran makmal ditentukan menggunakan skala keseronokan belajar sains dalam Test of Science Related Attitudes (TOSRA). Hasil kajian dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Analisis regresi telah digunakan bagi melihat pengaruh aspek persekitaran pembelajaran fizikal dan psikososial terhadap tahap kepuasan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek persekitaran fizikal makmal adalah pada tahap kepuasan yang tinggi manakala bagi aspek persekitaran psikososial adalah pada tahap yang sederhana. Pada keseluruhannya, aspek persekitaran pembelajaran fizikal dan psikososial mempengaruhi tahap kepuasan pelajar. Justeru, aspek persekitaran fizikal dan psikososial perlu diambil perhatian agar proses pengajaran dan pembelajaran di makmal berjalan dengan lancar. Implikasi dan cadangan kajian lanjutan juga turut dikemukakan bagi mendapatkan kefahaman yang lebih bagi mengenai persekitaran pembelajaran dalam makmal sains.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKepuasan-
dc.subjectMakmal sains-
dc.subjectFizikal-
dc.subjectPsikososial-
dc.subjectPelajar-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleHubungan antara persekitaran pembelajaran fizikal dan psikososial dengan tahap kepuasan pelajar-
dc.typetheses-
dc.format.pages130-
dc.identifier.barcode002879(2017)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97078+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
743.9 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.